Thursday, August 24, 2017

RAHSIA PULAU NANGKA

Keseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion. Harta-harta terdiri daripada jongkoh emas, perak dan batu permata.

Mula disimpan sejak dari zaman Sultan Alauddin Riayat Syah, Proses menyimpan berakhir sekitar 1509. Ruang simpanan bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan bukaan yang dibuat oleh doa para Wali Allah pada zaman dahulu. Sebab-sebab simpanan, berlaku selepas mendapat ilham atau firasat mengenai kejatuhan Melaka.

Tidak ada makam atau kubur di pulau tersebut, makam yang ada adalah palsu, diwujudkan sebagai alasan geng pencari harta karun boleh mencerobohi pulau tersebut atas alasan menziarahi makam/kubur.

Perbuatan mengorek, letupan atau menebuk lubang dikhuatiri akan menyebabkan rekahan dalam lubang bawah tanah terbuka sehingga menyebabkan harta ditenggelami oleh air laut, ini disebabkan gua tersebut bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan ruang bawah tanah buatan. Jadi keadaan di tempat itu sangat "fragile", dan mudah pecah sehingga mampu jatuh ke laut (gua terletak di bawah paras air surut)

Image result for pulau nangka
Usaha menggorek secara moden pasti akan menemui kegagalan disebabkan harta tersebut dilindungi dengan doa orang alim zaman dahulu.Setakat sehingga ke hari ini, bermula dari 80an, sudah 50 kumpulan mengusahakan harta di Pulau Nangka tetapi gagal.

Mereka yang berminat dengan harta tersebut haruslah memiliki syarat minima iaitu faham Tauhid seperti Sifat 20. Perlu ke Mekah untuk mendirikan solat hajat di dalam Hijr Ismail. .Kemudian, mendirikan solat di ruang tertentu, bawah batu terapung, Masjid Al Aqsa. Tidak diberitahu pula solat apa atau ruang yang mana pasal kami tidak pernah sampai ke masjid tersebut. Katanya, hanya pewaris yang benar sahaja akan tahu.

Syaratnya terlalu mudah, tak payah sembelih kambing, simbah darah haiwan dan sebagainya/perbuatan syirik.Tidak pernah ada bangunan purba yang didirikan di Pulau Nangka kecuali sebuah rumah lama daripada kayu sebagai tempat rehat.
siapakah yang layak dapat mewarisi harta-harta Pulau Nangka dan bolehlah dinobatkan sebagai pewaris Kesultanan Melaka yang sah dan diakui di alam sebelah sana. Rasanya ni dah pengakhiran kot bab-bab ‘Mencari Ramli Pulau Nangka’ ni.. Kalau Ramli ada anak lelaki, kita buka bab baru.
Bila Sultan Mahmud Shah berundur dari bumi Melaka lebih sikit 500 tahun dahulu, Baginda ke Johor dan zuriatnya yakni cicitnya berjaya memerintah di Johor. Kerajaan Johor warisan Kesultanan Melaka ini berakhir dalam peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Bila mana peristiwa itu berlaku, isteri Sultan Mahmud bergelar Cik Pong yang sedang hamil ini dilarikan senyap-senyap ke Sumatera dan seterusnya bila bayinya dewasa, berjaya mendirikan Kerajaan Siak. 

Kerajaan Siak pulak berakhir bila Sultannya yang terakhir, Sultan Syarif Kasim II secara sukarela joint Bung Karno untuk membentuk Republik Indonesia. Bung Karno ini adalah anak murid ghaib kesayangan Sunan Gunung Jati. Semasa Sultan Syariff Kasim II membubarkan kerajaannya, beliau ada mempunyai satu peti besi yang amat rahsia. Peti ini menyimpan barang keturunan yang amat berharga yang diwarisi berabad-abad. Beliau tak punya zuriat. Dikhabarkan beliau membaling anak kunci peti besi ini ke Sungai Siak dan tinggallah peti besi berkenaan tanpa warisnya dititipkan kepada sesiapa pun

Oleh kerana peti besi berkenaan ada ‘isi’ yang berdaulat lagi berdarjat, maka dah pasti ada penjaga ghaibnya yang bertugas memelihara keutuhan ‘darjat’nya dari dijarah orang yang bukan hak. Maka itu, ianya kebal dari dibuka oleh orang yang bukan empunya hak sehingga kini sebagaimana kebalnya dinding bunker harta Pulau Nangka. Dimaklumkan yang isi di dalamnya adalah barang berdaulat yang diwarisi turun temurun dari Sultan Mahmud, malah dari Oyangnya iaitu Parameswara yang mana dibawa ke Melaka ketika pembukaan Melaka dahulu. 

sesiapa yang dapat membuka dan menzahirkan barangan di dalamnya untuk dedahan umum, beliaulah pewarisnya. Serentak itu juga, beliau juga bakal mewarisi kedaulatan Kesultanan Melaka dan seterusnya harta-harta warisan Sultan Melaka khususnya di Pulau Nangka. tak kisahlah dapat jadi sultan atau tidak, tapi ‘daulat’nya kelak akan semerbak mengharum di bumi nenek-moyangnya dan pada masa yang sama, ‘kekayaan’ silam dapat dinikmati cicit-cicit rakyat Melaka yang satu ketika dulu moyang-moyang mereka bersama-sama membangunkan Melaka.

Image result for pulau nangka

Last sekali nak bagi klu sikit, cara bukanya mestilah dapatkan kunci asalnya dari dalam sungai ATAU panggil pandai-kunci (tukang kunci) untuk buat kunci baru. Kalau nak dapatkan kunci lama, ada beberapa ritual yang harus diikuti seperti dapatkan ‘kesenangan’ atau minyak wangi untuk ghaibnya yang jaga kunci.Selepas tu, bertawasullah dan berinteraksilah dengan para leluhur serta pihak ghaib yang jaga kuncinya. Kalau kaedah kedua, macam biasa. Buat kunci baru dan bukalah. Dah dapat kuncinya, pergilah buka petinya. Dikhabarkan hanya dengan memasukkan anak kuncinya dan dengan dua kali pulas, maka terbukalah petinya..

Maka dengan terbukanya dan dapat dikucupi barangan keturunan ini, maka terzahirlah waris yang sebenar. Pokok pangkal kenalah ada redho ALLAH SWT. Nak redho Illahi, kenalah dapatkan restu para leluhur dan ghaib yang jaganya. Nak dapat restu leluhur, kenalah empunya diri ada ‘hak waris’ dan yang berminat tu kena ingat, bukan beratus orang yang ada diperturunkan hak waris.. Yang ada hanyalah ‘Ramli Pulau Nangka’..


dipetik dan diolah dari penulisan ShahPaskal

10 comments:

  1. Dgn izinnya.....allah telah anugerahkn nama saya RAMLI.....anak jati Melaka....boleh terus hubungi saya...0172986922....sama2kita buka rasia Nya.....insya allah

    ReplyDelete
  2. Dgn izinnya.....allah telah anugerahkn nama saya RAMLI.....anak jati Melaka....boleh terus hubungi saya...0172986922....sama2kita buka rasia Nya.....insya allah

    ReplyDelete
  3. Sbb ni ke mak Aku berhutang dgn semua org .. org pergunakan mak aku

    ReplyDelete
  4. “Kunci” bukanlah kunci biasa. Tetapi “kunci” adalah waris yg sah yg akan membukanya

    ReplyDelete
  5. kat pulau besar ada 1 org nama ramli, kawan saya tu dah puluhan tahun ramli kat situ

    ReplyDelete
  6. Diorg bukan Cari orang yang mama ramli.ramli yang dimaksudkan waris asal. Ramli yg admin maksudkan yang dalam iklan tu.

    ReplyDelete
  7. Saya dah pernah sampai ke pulau nangka ini. Masa tu smart partnerships sedang buat kerja pencarian. Saya dan rakan lain dapat keizinan dari pihak perzim untuk ke sana. Kalau di ikutkan sebelum tu ramai yang kata tak mungkin boleh dapat sampai ke sana kerana pulau nangka di kawal ketat. Tapi entahlah urusan dipermudahkan. Siap di iring oleh wakil pihak perzim. Sampai di sana petang dah dan mereka yang ada di pulau pelik dengan kehadiran kami. Banyak peristiwa yang entah tak tau nak cerita macammana. Tapi pasti tidak akan terhapus dalam ingatan. Dua buah kubur di atas puncak bukit juga telah saya sampai. Alhamdulillah dapat solat berjemaah kat pulau. Bila nak balik tu masa tu dah atas bot. Nak gerak balik ada satu sudut tu nampak beberapa orang melambai tapi saya tak balas hanya tersenyum sebab tengah pegang barang. Ada jugak yg didalam air. Saya bagi tau pada beberapa org kawan "tu orang melambai tu lambailah balik" tapi entah diorg diam je dan kawan2 saya ni senyum balik kat saya. Rupanya sampai kat umbai baru depa bagi tau diorang tak nampak pun sape yang melambai. Alamak... Jeng...jeng...jeng... Itu antara kisah kisah yang takkan saya lupa. Rindu lagi nak ke pulau nangka dan pulau besar. Dengan keadaan sekarang tambah pulak dah duduk di Utara pulak makin sukar lah dan entah bila lagi dapat ke sana.

    ReplyDelete
  8. Leluhur saja yg blh merungkai misteri pulau nangka...tp sayang ...klau jumpa pun harta kerajaan cakap itu harta kerajaan yg punya.....ampun tuanku jika patik salah bicara

    ReplyDelete

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...