Sunday, September 10, 2017

STRUKTUR KEWALIAN

Assalamualaikum…. Salam sejahtera buat semua.. Seperti biasa, kita mulakan dengan salawat dan salam kepada Baginda SAW. Juga Al-Fatihah dihadiahkan buat semua yang masih hidup dan juga yang telah pergi termasuklah para arwah baik dari kaum keluarga kita sendiri mahu pun para mukmin lain. Dan diharap yang membaca tulisan ini, juga telah menatapi tulisan-tulisan sebelum ini agar mudah memahaminya.

1. Sebelum tu, nak nyatakan tentang sambungan artikel minggu lalu, dah ada contentnya tapi masa lak belum sesuai nak publish. Tunggulah… Apa-apa ;pun, berbalik kita kepada topik kali ni. Saya buatlah sikit pencerahan akan lapisan atau kata lain struktur kewalian dan juga tugas-tugas mereka mengikut kefahaman dan apa yang disampaikan oleh mereka. Umumnya, dunia kewalian ni macam kita juga, punya hieraki organisasi yang tersusun dan amat sistematik dari segi authoritinya.

2. Di alam kewalian yang bersifat ghaib, semua wali-wali sebelum Rasullullah SAW sesungguhnya akur kepada para wali utama (qutub) selepas mereka yakni di-era Islam bersyariat dibawa Muhammad SAW. Dalam erti kata lain, tugas khusus para wali -wali sebelum Rasullullah SAW akan berakhir dan tugas ini akan dipikul pula oleh wali-wali zaman bermulanya tahun Hijri khasnya bernasabkan Rasullullah SAW, baik nasab kombinasi darah + ilmu atau nasab ilmunya (sanad) kecuali tugasan tertentu yang masih dipegang mereka yang otai-otai ni.

3. Kita tahu, dalam konteks Nusantara, hampir semua wali besar yang ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu di alam mereka adalah dari ahlul-bait dan yang terbaiknya kombinasi dengan nasab Ibu Qenturah. Nasab kombinasi ini lazimnya dikategori sebagai wali pemerintah yakni ilmu agamanya dari Rasullulah SAW (Ibu Hajar) dan ilmu kesaktian dalam memerintah dari Ibu Qenturah.
Umumnya terdapat empat tahap kewalian iaitu 
- Lapisan Pertama (wali kecil), 
- Lapisan Kedua (wali wilayah / daerah), 
- Lapisan Ketiga (wali besar / negara),
- Lapisan Keempat (waliqutub).

4. Walaupun berbagai-bagai tahap atau pangkat telah ditulis oleh ramai orang, saya anggap ia hanyalah bersifat
akademik sahaja dan tak menggambarkan situasi sebenarnya terutama bila membicarakan kewalian di Alam Melayu. Sekarang kita tengoklah satu persatu walaupun penerangannya sekadar kulit saja.

5. LAPISAN PERTAMA : Lapisan ini lebih kepada wali kecil di mana ia lebih bersifat setempat. Banyak guru-guru agama pondok dalam kategori ini. Waktu hidupnya juga dianugerahi karomah serta dikenali sebagai calon wali tetapi karomahnya tidak lah dapat dimanfaatkan orang ramai secara meluas. Lazimnya setelah meninggal, barulah terzahir atau berjaya dikesan akan kewaliannya. Tak perlulah sebutkan siapa mereka, ramai dah tahu pun dan dah ada pun buku-buku dan poster khusus untuk itu.

6. Di lapisan pertama ini, peranan ghaibnya taklah banyak. Tak ada peranan khusus atau sebagai pembuat keputusan melainkan apa yang kita dah fahami baik sewaktu hidupnya atau sesudah itu. Mereka ini menjadi jemaah kepada perkumpulan para wali dan lazimnya berada di saf belakang semasa dalam mana-mana perjumpaan. Wali lapisan pertama ini kalau ingin berjumpa dengan wali utama, ada tertib dan tatacaranya. Macam kitalah, nak jumpa raja atau sultan, mesti ada aturannya.

7. LAPISAN KEDUA : Lapisan kedua pula lebih kepada wali-wali besar peringkat wilayah dan negeri. Mereka adalah wali yang dikenali ramai bermula semasa hidupnya lagi tetapi taklah pulak menganggotai majlis wali-wali. Mereka ini ada peranan tertentu tetapi mungkin agak terhad. Mereka juga dijemput menghadiri persidangan wali-wali tetapi sebagai peserta. Ada yang masa hidupnya jadi qadi, mufti, penasihat raja dan pentadbir agama.

8. Wali lapisan kedua ni juga kalau nak jumpa wali utama yang lebih tinggi, harus juga melalui aturan tertentu. Begitu juga kalau nak memutuskan sesuatu yang belum pernah diputuskan sebelum ni, mereka akan merujuk hal itu kepada peringkat lebih tinggi.

9. Dah jadi kelaziman cucu-cicit wali-wali lapisan kedua ini yang jadi ulama besar, pengamal perubatan Islam dan pendidik. Selalunya mereka sukses dalam menghasilkan apa yang diusahakan. Cuma masalahnya sekarang ni, ramai yang saban waktu mengaku mereka adalah keturunan wali wali ini tetapi mungkin hanya sebahagian saja yang benar-benar ikut cara nenek moyang mereka beramal. Selebihnya ke laut…

10.LAPISAN KETIGA : Lapisan ketiga pula adalah wali-wali besar yang berkedudukan. Ini lebih kepada perjawatan ahli jawatankuasa dan keahliannya boleh berubah mengikut era dan edaran masa. Antaranya yang sering kita jumpa dipanggil Wali 7 untuk negara kita atau Wali 9 di Tanah Jawa. Walaupun nama saja 7 atau 9, namun ada lagi ahlinya yang lain. Kalau nak buat sesuatu keputusan penting, kalangan mereka ini akan duduk bersidang bagi mencari konsesus. Bagaimanapun, kuasa pemutus ada ditangan wali qutub dan penghulunya. Cara mana diputuskan, next posting…,

11.Hampir kesemua adalah bercorak turun-temurun. Kadang-kadang karomah atau keistimewaan mereka bermula di waktu kecil lagi. Ada juga telah dikesan bibit-bibit istimewanya oleh kalangan tua yang kasyaf yang si-anak ni nanti akan jadi seseorang penting. Inilah salah satu yang dipanggil hanya wali mengenal wali. Majoritinya adalah dari keturunan ahlul-bait.

12.Peranan wali besar ini banyak. Kita ambil contoh Kerajaan Melaka di bawah dua sultan terakhirnya. Ramai yang anggap sultannya bertaraf wali dan saya setuju statement ni (contohnya Sultan Alauddin Riayat Shah dan anakandanya Sultan Mahmud Shah). Di waktu pemerintahan dua beranak inilah kekayaan Melaka mula dicemburui orang luar sehinggaa memaksa harta-harta ini dipindahkan ke Pulau Nangka secara kombinasi usaha zahir dan alam ghaib sebelum terlepas ke tangan penjajah.

13.Orang yang bertanggungjawab adalah penasihat agama kesultanan waktu berkenaan iaitu Sheikh Siti Jenar (telah saya nyatakan dulu, ayah Sheikh Siti Jenar adalah Mufti kepada Raja Parameswara). Sheikh ini dah tau bahawa satu masa nanti, Melaka bakal diserang kerana kekayaannya. Dengan karomah beliaulah, harta tu kekal tersimpan dan sehingga kini tiada sesiapa pun yang dapat ambil harta-harta Kesultanan Melaka berkenaan walaupun telah diusahakan oleh beberapa pembesar negara 
termasuk oleh pihak istana sendiri.

14.Macam saya cakap dulu, kombinasi Ramli Pulau Nangka dan Sheikh Siti Jenar sahajalah yang diizinkan oleh majlis wali pemerintah untuk menerima harta berkenaan. Sejauh mana benarnya, biarlah masa menentukan... Tapi hampir pasti Tun Mahathir bakal diberi sekeping dua duit syiling emas Melaka tak lama lagi… Kata orang sebelah lah.. Tapi janganlah pegang sangat kata-kata mereka yang saya sampaikan ni.. Bukan kita tertipu dek mereka tapi kita ni yang kalah execute SOPnya.

15.LAPISAN KEEMPAT : Lapisan ke-empat adalah lapisan tertinggi. Ia adalah wali qutub dan juga wali keramat zaman dahulu kala sebelum era Rasullullah SAW. Antaranya Imam Asif, Sultan Zolkarnain, Imam Lukmanul serta beberapa wali keramat Nusantara khasnya dari Tanah Jawa seperti Prabu-Prabu. Golongan mereka ini lazimnya adalah rakan atau paling kurang pun mesti bernasab kepada Nabi Ibrahim a.s atau kepada Imam Besar para Wali iaitu Saidina Ali.r.a (ahlul-bait).

16.Bab prabu-prabu ni, sering kita anggap mereka beragama hindu. Saya tolak fakta ini berdasarkan pendedahan saya sendiri dengan mereka khasnya bagi keturunan Raja-Raja Galuh yang berasal dari Prabu Adimulya. Semua mereka mentauhidkan ALLAH SWT dan tak ada seorang pun yang menyekutukan-Nya. Sebab tu juga mereka walaupun di dimensi lain tetapi tetap ampuh. Percaya tak..? Tak percaya, pergilah kencing kat mana-mana prasasti atau tinggalan mereka di tanah Jawa sana. Atau paling kurang, pergi sajalah ke Jugra dan kencing sajalah kat makam Panglima Hitam kat situ. Boleh balik ke tidak tu, saya nak tahu juga..

17.Teringat satu kisah yang telah saya tuliskan dulu. Seorang sahabat saya berketurunan Wan di Taiping dan punyai adik kandung seibu-sebapanya yang ghaib sebaik lahir dan kini adik ghaibnya menetap di puncak Jerai.. Kisahnya saya tulis balik secara ringkas. Wali keramat (keturunan Al-Fatani) di Gunung Jerai hantar satu cupak tembaga ke rumahnya di Taiping untuk digunakan beliau bagi mengaut emas yang bakal diberikan para wali ghaib di puncak Jerai. Kuantiti dibenarnya hanyalah sebanyak tiga cupak sahaja.

18.Seminggu sebelum naik ke Jerai untuk mengambil ‘emas’nya, saya panjangkan satu pesanan saya terima dari Tanah Jawa kepada si kawan ni. Beliau diarahkan Prabu Siliwangi untuk bersowan (ziarah) ke beliau (Prabu Siliwangi) di Karangkamulyan di Ciamis, Jawa Barat untuk laksanakan sedikit tahlil dan doa selamat di sana. Ia mesti dilaksanakan sebelum naik ke puncak Jerai untuk ambil pemberian ‘barang’ terbabit. Dipesan jika gagal ziarah, pasti emasnya tak diperolehi. Sahabat saya bagaimanapun tak berkunjung ke sana tetapi tetap juga naik ke puncak Jerai mengikut jadual asal.

19.Setiba di puncak, diberitahu oleh wali ghaib kat situ bahawa atas arahan penguasa atasan Nusantara, kelulusan
pemberian emas terpaksa ditarik-balik. Aneh kan bagaimana seorang Raja Ghaib dari Jawa boleh mengawal harta di Gunung Jerai. Tapi kalau diperhalusi alasannya, dibilang terus-terang oleh Prabu Siliwangi bahawa semua Raja-Raja Nusantara dan Wali-Walinya, semua pusat daulatnya di Tanah Jawa Barat.

20.Lagi pun, sesama mereka (Prabu dan keluarga Al-Fatani) masih ada hubungan persaudaraan (keturunan Ibrahim a.s). Malah Prabu juga nyatakan bahawa wali-wali keturunan Al-Fatani adalah cucunya yang masih rapat hubungan darah kerana terkait melalui cucunya Sheikh Hidayatullah. Bagaimanapun, pembantu sahabat saya tu tetap dapat seketul emas berat dalam sekilo semata-mata ditunaikan hajatnya nak bayar hutang beliau… Diberi pun ngam-ngam untuk bayar hutang je..

21.Selain menjaga harta-harta warisan para Nabi yakni harta berdaulat, wali atasan ini juga menjaga sistem pemerintahan. Sebab tu juga bilamana suatu kawasan telah diperintah oleh seorang Islam atau seruan Islam telah sampai, maka secara automatik semua harta terpendam tidak lagi tertakluk di bawah hukum zakat harta rikaz. Sebabnya mudah. Harta-harta terbabit, kedaulatan dan jagaannya telah diambil-alih oleh para wali.

22.Untuk mengambilnya semula, mestilah oleh seseorang macam ‘Ramli Pulau Nangka’lah. Yang lain bye-bye.. Dan Ramli pula ditugaskan sebagai ‘amil’ kepada harta berkenaan dan bukanlah milik mutlaknya. Jika dimilik-peribadikan, maka jadilah macam Bung Karno.. Sumpahan harta berdaulat.. Kat negara kita ni pun dah jadi, bukan sekali tapi beberapa kali. Ada yang anaknya mati, ada neneknya mati, terkorban sana terkorban sini. Semuanya kematian luar-jangka dan tragis..

23.Cerita paling best, dua tiga tahun dulu, ada kapal perang friget sebuah kuasa besar tu cuba nak cari satu bangkai tongkang di dasar laut yang penuh jongkong emas di perairan selatan Filipina. Alih-alih di lokasi, ada sedikit ribut lalu kapal ni gagal dikemudi. Kesudahannya tersandar kat atas terumbu karang. Takut kebocoran rahsia, kapal ni terpaksa dipotong-potong untuk dibawa pulang. Sebab tu juga kuasa besar ni dah akur bahawa harta-harta berdaulat kat Nusantara ni berhantu kerana apa penjaganya - sebenarnya bukan hantu tapi dijaga para wali…

24.Selain itu, tugas dan tanggungjawab Wali Besar ini dalam pentadbiran negara juga banyak. Merekalah yang mengendalikan dan menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu secara ghaib. Andai yang bukan hak waris dilantik, para wali ni seboleh-bolehnya mengelakkan dari hal ini terjadi. Jika terjadi juga, pasti adalah huru-hara berlaku kerana doa-doa para wali besar ini amat mujarab. Setakat ni, ianya okey kot.. Begitu juga dalam perlantikan kepimpinan politik suatu negara. Kalau pemimpin yang berkuasa mencurangi amanah perjawatannya, adalah petanda-petanda ketidak-barokahan berlaku seperti musibah yang aneh-aneh. Oppss…. Cukuplah di sini kupasannya.

25.Sebagai selingan, kita pernah tak dengar manusia terkaya di dunia yang tercatat dalam sejarah manusia, seorang Raja dari benua Afrika…? Kekayaan beliau dalam ukuran sekarang ditaksirkan jauh melebihi kombinasi kekayaan tiga manusia terkaya dunia di kala ini. Rahsianya apa ekk…? Bab ni kita gantung dulu untuk di kemudian hari..

oleh Sahabat Shahpaskal

1 comment:

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...