Monday, December 11, 2017

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup:

1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung (ejaan sebenarnya adalah Daerah Bajeng, Gowa, Makassar). Hikayat Sulatus Al Salitin bertulisan jawi dengan ejaan ‘Ba Alif Jim Nga’ menyebabkan sebutannya menjadi Bajung. Tidak pernah wujud Daerah Bajung di Makassar atau Gowa tetapi yang ada hanyalah Daerah Bajeng, di Gowa, Makassar.

Hang Tuah Hikayat Ksatria Melayu - Bagian 2

2. Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun. Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng.

3. Kesultanan Gowa: 

3.1 Tumanurunga (1300 Masehi)
3.2 Tumassalangga Baraya
3.3 Puang Loe Lembang
3.4 Tuniatabanri
3.5 Karampang ri Gowa
3.6 Tunatangka Lopi (1400 Masehi)
3.7 Batara Gowa Tuminanga ri Paralakkenna
3.8 Pakere Tau Tunijallo ri Passukki
3.9 Daeng Matanre Karaeng Tumapa'risi' Kallonna (1500 Masehi)

4. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa dengan Raja Gowa (Batara Gowa Tuminanga Ri Paralakkenna). Raja Gowa menyambut baik kedatangan Seri Bija Pikrama dan ingin mengirim sesuatu kepada Sultan Mansur Syah sebagai balasan dari kunjungan tersebut. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu untuk dijadikan pahlawan negeri Melaka. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orangnya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka.

5. Kisah Hang Tuah membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng sewaktu berusia 12 tahun telah mendapat perhatian Raja Gowa. Hang Tuah telah terpilih untuk menyertai rombongan ke negeri Melaka.

6. Sultan Mansur Syah, sebelum pemilihan Hang Tuah, telah ada 8 orang anak anak muda yang menepati dan memenuhi syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dijadikan pahlawan pahlawan Melaka. Mereka adalah;

6.1 Hang Jebat
6.2 Hang Kasturi
6.3 Hang Lekir
6.4 Hang Lekiu
6.5 Hang Ali ( Tun Bija Sura@Tun Ali@Tok Bongkok)
6.6 Hang Iskandar
6.7 Hang Hassan
6.8 Hang Hussin

7. Ketua kepada mereka bersembilan ini adalah Hang Ali@Tun Bija Sura. Hang Ali diberikan jawatan Bendahara Tun Ali sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah.

8. Hang Tuah dikatakan melebihi kesemua yang lain didalam ilmu dan kepandaian persilatan. Hang Tuah telah diberikan oleh Sultan Melaka sebilah keris bernama Terupa Melaka semasa sampai di Melaka. Beliau telah banyak berguru kepada hulubalang hulubalang di Melaka.

9. Dalam lingkungan usia antara 25 dan 26 tahun, Hang Tuah telah mengahwini Raja Maznun Mazni binti Raja Azman Shah yang merupakan sepupu kepada isteri Raja Long Alwi. Raja Long Alwi adalah anak saudara kepada Raja Bersiong dan merupakan putera sulung kepada adinda Raja Bersiong iaitu Raja Zulkarnain ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah. Tujuan pernikahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Hang Tuah dengan kerabat diraja Kedah ketika itu.

10. Perkahwinan kedua Hang Tuah adalah dengan Raja Intan Maimunah binti Raja Ibrahim Malik yang merupakan anak saudara kepada Wan Malini. Keturunan isteri keduanya juga berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di negeri Kelantan serta ada yang telah berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan.

11. Keturunan Hang Tuah:

11.1 Anak dari isteri pertama Tun Sendari (Adik Tun Bija Sura @ Tok Bongkok):

1. Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Maulana Sayyid Fadillah Khan bin Maulana Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Nama lain nya Laksamana Temenggung Khoja Hassan atau Tubagus Pasai atau Falalten atau Raden Hidayat

Cucu dari isteri pertama
1. Tun Abdullah (Lelaki)
2. Tun Biajid (Lelaki)
3. Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah

Cicit dari isteri pertama
1. Raja Dewi binti Sultan Mahmud Syah
11.2 Anak dari Isteri Kedua Tun Ratna, adik Tun Perak Dari keluarga Bendahara Paduka Raja:
1. Tun Guna (Lelaki)
2. Tun Emas Jiwa@ Tun Mas Dewi (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang Nadim bin Hang Jebat melahir kan Tun Hamzah , beranak kan Tun Mat Ali yang bergelar Datuk Seri Bertam.
Cucu dari isteri kedua
1. Tun Mat Ali Hang Nadim

Cicit dari isteri kedua
1. Tun Hamzah Tun Mat Ali

Piut dari isteri kedua
1. Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Datuk Seri Bertam
12. Hang Tuah meninggal dunia setelah sekembalinya Hang Nadim dari perjalanan ke Benua Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, diMelaka. Pengganti jawatan Laksamana adalah menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.

D.2 Sumber Rujukan:
1. Hikayat Sulatus Al –Salatin karangan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang pada tahun 1612 Muka surat 104. Pada masa kini terdapat beberapa versi antaranya versi Winstedt dan versi Shellabear.

2. Naskah Raffles Malay 18 masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda

3. Buku "Amando Cortesao - The Suma Oriental of Tome' Pires", Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan "Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang".

4. Buku "A. Kobata and M. Matsuda - Ryukyu relations with Korea and south sea countries" A. Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama "Rekidai Hoan" yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian Hang Tuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Friday, October 6, 2017

Hang Tuah pernah memerintah Temasek (Singapore)

Pakar: Hang Tuah wujud, pernah perintah Temasek


BENTENG LAMA: Dr Miksic menunjukkan peta lama bertarikh 1825, yang menunjukkan benteng pertahanan lama kerajaan Kesultanan Singapura yang pernah wujud pada abad ke-14 mengelilingi Bukit Larangan atau Fort Canning Hill. – Foto SHAKIR SAIFUDDIN

Baru-baru ini, kewujudan Laksamana Hang Tuah sekali lagi dipersoal akibat ketiadaan bukti arkeologi. Namun, profesor sejarah dan arkeologi Universiti Nasional Singapura (NUS) yakin bukan sahaja Hang Tuah dipercayai ada, bahkan pernah memerintah Singapura.

SINGAPURA mungkin sebuah pusat pelabuhan utama bagi Empayar Melaka pada abad ke-15 yang ditadbir seorang laksamana yang dipercayai Hang Tuah.

Laksamana itu dikatakan bukan sahaja berkuasa memerintah pulau ini dan mentadbir pelabuhan tersebut, bahkan mengetuai angkatan laut Kesultanan Melaka yang menjadikan Singapura pangkalannya.
Sebagai Laksamana, Hang Tuah juga menjadikan pulau ini tempat tinggalnya, kata pakar sejarah dan arkeologi Singapura, Profesor John Miksic.
Baru-baru ini, kewujudan Hang Tuah sekali lagi dipersoal kerana tiadanya bukti arkeologi yang mengaitkan kehidupannya, seperti yang dilaporkan media seberang tambak Mei lalu.
Ia menukil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai mengesahkan bukti arkeologi mengaitkan kewujudan Laksanama Hang Tuah masih belum ditemui.
Walaupun akur dengan ketiadaan bukti tersebut, Dr Miksic tetap percaya Hang Tuah wujud bahkan pernah bermastautin di Singapura berdasarkan surat-menyurat yang ditemui di Pulau Okinawa.
"Orang seperti Hang Tuah pasti ada. Jabatannya sebagai Laksamana ada. Gelarannya juga sebagai Sri Bija Diraja, kita ketahui pasti ada. Orang yang namanya Hang Tuah belum dapat diperkuat dengan data dari sumber selain daripada Sejarah Melayu. Tapi tidak ada alasan untuk percaya bahawa orang dengan nama itu tidak ada," ujarnya.
Menurut beliau, watak Hang Tuah itu sering disebut dalam sumber-sumber asing seperti dokumen dari China dan Okinawa di Jepun, selain Sejarah Melayu.
"Itu yang paling menentukan, sebab ternyata pada akhir abad ke-15, Laksamana dari Singapura itu berhak mengirim surat atas namanya sendiri kepada raja asing. Surat itu masih ada di Okinawa...
"...Masih ada surat-surat di Okinawa yang dikirimkan dari Laksamana Melaka, tanpa nama, hanya gelarannya yang disebut. Tapi dia yang berhak bertindak atas nama Sultan," tambah Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, yang ditemui baru-baru ini untuk mengesahkan kewujudan Laksamana mahsyur itu.
Dr Miksic mengajar di NUS sejak 1987. Sebelum itu, beliau mengajar di Universiti Gadjah Mada, Indonesia, selama enam tahun.
Memberi perincian Singapura sebagai pusat pelabuhan Empayar Melaka, Dr Miksic menegaskan ia jelas dilaporkan perwira angkatan armada Laksamana Zheng He (Cheng Ho) dari China pada 1435.
Menurut Profesor Miksic, setelah tertubuhnya Kesultanan Melaka, Singapura tetap wujud dan tidak musnah akibat serangan Majapahit.
Sebelum ini, sejarah menyatakan Singapura musnah selepas serangan itu, yang dilakukan agar dapat menangkap sultan terakhir Singapura, Sultan Iskandar Shah. Kenyataan itu dibuktikan bukan sahaja dari segi sejarah, malah arkeologi.
Ia menunjukkan Singapura, atau ketika itu masih dipanggil Temasek, merupakan sebuah pelabuhan yang memainkan peranan penting dalam hubungan luar negara.
Singapura juga dikatakan pusat pemindahan kapal dan sangat strategik dalam struktur kerajaan Melaka - tempat bagi orang seperti dari tanah Jawa atau Sumatrea contohnya datang ke Singapura dengan menaiki kapal, sebelum berpindah ke kapal lain menuju ke tempat lain seperti India atau China.
Angkatan laut Kesultanan Melaka pula ditempatkan di Singapura disebabkan kedudukan pulau ini lebih strategik berbanding Melaka yang terbuka dan mudah diserang.
Selain melindungi perairan Selat Melaka dan sekitarnya, angkatan tersebut dikerah membasmi kegiatan melanun di perairan Singapura.
Hang Tuah juga mempunyai kuasa memerintah Singapura.
"Jelas beliau juga harus mengadap ke Istana kalau ada upacara atau ada tugas lain, yang bererti harus ketemu dengan Raja, Sultan atau Bendahara, misalnya. Tetapi hari-hari tempat tinggalnya di Singapura," kata Dr Miksic

Sunday, September 10, 2017

STRUKTUR KEWALIAN

Assalamualaikum…. Salam sejahtera buat semua.. Seperti biasa, kita mulakan dengan salawat dan salam kepada Baginda SAW. Juga Al-Fatihah dihadiahkan buat semua yang masih hidup dan juga yang telah pergi termasuklah para arwah baik dari kaum keluarga kita sendiri mahu pun para mukmin lain. Dan diharap yang membaca tulisan ini, juga telah menatapi tulisan-tulisan sebelum ini agar mudah memahaminya.

1. Sebelum tu, nak nyatakan tentang sambungan artikel minggu lalu, dah ada contentnya tapi masa lak belum sesuai nak publish. Tunggulah… Apa-apa ;pun, berbalik kita kepada topik kali ni. Saya buatlah sikit pencerahan akan lapisan atau kata lain struktur kewalian dan juga tugas-tugas mereka mengikut kefahaman dan apa yang disampaikan oleh mereka. Umumnya, dunia kewalian ni macam kita juga, punya hieraki organisasi yang tersusun dan amat sistematik dari segi authoritinya.

2. Di alam kewalian yang bersifat ghaib, semua wali-wali sebelum Rasullullah SAW sesungguhnya akur kepada para wali utama (qutub) selepas mereka yakni di-era Islam bersyariat dibawa Muhammad SAW. Dalam erti kata lain, tugas khusus para wali -wali sebelum Rasullullah SAW akan berakhir dan tugas ini akan dipikul pula oleh wali-wali zaman bermulanya tahun Hijri khasnya bernasabkan Rasullullah SAW, baik nasab kombinasi darah + ilmu atau nasab ilmunya (sanad) kecuali tugasan tertentu yang masih dipegang mereka yang otai-otai ni.

3. Kita tahu, dalam konteks Nusantara, hampir semua wali besar yang ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu di alam mereka adalah dari ahlul-bait dan yang terbaiknya kombinasi dengan nasab Ibu Qenturah. Nasab kombinasi ini lazimnya dikategori sebagai wali pemerintah yakni ilmu agamanya dari Rasullulah SAW (Ibu Hajar) dan ilmu kesaktian dalam memerintah dari Ibu Qenturah.
Umumnya terdapat empat tahap kewalian iaitu 
- Lapisan Pertama (wali kecil), 
- Lapisan Kedua (wali wilayah / daerah), 
- Lapisan Ketiga (wali besar / negara),
- Lapisan Keempat (waliqutub).

4. Walaupun berbagai-bagai tahap atau pangkat telah ditulis oleh ramai orang, saya anggap ia hanyalah bersifat
akademik sahaja dan tak menggambarkan situasi sebenarnya terutama bila membicarakan kewalian di Alam Melayu. Sekarang kita tengoklah satu persatu walaupun penerangannya sekadar kulit saja.

5. LAPISAN PERTAMA : Lapisan ini lebih kepada wali kecil di mana ia lebih bersifat setempat. Banyak guru-guru agama pondok dalam kategori ini. Waktu hidupnya juga dianugerahi karomah serta dikenali sebagai calon wali tetapi karomahnya tidak lah dapat dimanfaatkan orang ramai secara meluas. Lazimnya setelah meninggal, barulah terzahir atau berjaya dikesan akan kewaliannya. Tak perlulah sebutkan siapa mereka, ramai dah tahu pun dan dah ada pun buku-buku dan poster khusus untuk itu.

6. Di lapisan pertama ini, peranan ghaibnya taklah banyak. Tak ada peranan khusus atau sebagai pembuat keputusan melainkan apa yang kita dah fahami baik sewaktu hidupnya atau sesudah itu. Mereka ini menjadi jemaah kepada perkumpulan para wali dan lazimnya berada di saf belakang semasa dalam mana-mana perjumpaan. Wali lapisan pertama ini kalau ingin berjumpa dengan wali utama, ada tertib dan tatacaranya. Macam kitalah, nak jumpa raja atau sultan, mesti ada aturannya.

7. LAPISAN KEDUA : Lapisan kedua pula lebih kepada wali-wali besar peringkat wilayah dan negeri. Mereka adalah wali yang dikenali ramai bermula semasa hidupnya lagi tetapi taklah pulak menganggotai majlis wali-wali. Mereka ini ada peranan tertentu tetapi mungkin agak terhad. Mereka juga dijemput menghadiri persidangan wali-wali tetapi sebagai peserta. Ada yang masa hidupnya jadi qadi, mufti, penasihat raja dan pentadbir agama.

8. Wali lapisan kedua ni juga kalau nak jumpa wali utama yang lebih tinggi, harus juga melalui aturan tertentu. Begitu juga kalau nak memutuskan sesuatu yang belum pernah diputuskan sebelum ni, mereka akan merujuk hal itu kepada peringkat lebih tinggi.

9. Dah jadi kelaziman cucu-cicit wali-wali lapisan kedua ini yang jadi ulama besar, pengamal perubatan Islam dan pendidik. Selalunya mereka sukses dalam menghasilkan apa yang diusahakan. Cuma masalahnya sekarang ni, ramai yang saban waktu mengaku mereka adalah keturunan wali wali ini tetapi mungkin hanya sebahagian saja yang benar-benar ikut cara nenek moyang mereka beramal. Selebihnya ke laut…

10.LAPISAN KETIGA : Lapisan ketiga pula adalah wali-wali besar yang berkedudukan. Ini lebih kepada perjawatan ahli jawatankuasa dan keahliannya boleh berubah mengikut era dan edaran masa. Antaranya yang sering kita jumpa dipanggil Wali 7 untuk negara kita atau Wali 9 di Tanah Jawa. Walaupun nama saja 7 atau 9, namun ada lagi ahlinya yang lain. Kalau nak buat sesuatu keputusan penting, kalangan mereka ini akan duduk bersidang bagi mencari konsesus. Bagaimanapun, kuasa pemutus ada ditangan wali qutub dan penghulunya. Cara mana diputuskan, next posting…,

11.Hampir kesemua adalah bercorak turun-temurun. Kadang-kadang karomah atau keistimewaan mereka bermula di waktu kecil lagi. Ada juga telah dikesan bibit-bibit istimewanya oleh kalangan tua yang kasyaf yang si-anak ni nanti akan jadi seseorang penting. Inilah salah satu yang dipanggil hanya wali mengenal wali. Majoritinya adalah dari keturunan ahlul-bait.

12.Peranan wali besar ini banyak. Kita ambil contoh Kerajaan Melaka di bawah dua sultan terakhirnya. Ramai yang anggap sultannya bertaraf wali dan saya setuju statement ni (contohnya Sultan Alauddin Riayat Shah dan anakandanya Sultan Mahmud Shah). Di waktu pemerintahan dua beranak inilah kekayaan Melaka mula dicemburui orang luar sehinggaa memaksa harta-harta ini dipindahkan ke Pulau Nangka secara kombinasi usaha zahir dan alam ghaib sebelum terlepas ke tangan penjajah.

13.Orang yang bertanggungjawab adalah penasihat agama kesultanan waktu berkenaan iaitu Sheikh Siti Jenar (telah saya nyatakan dulu, ayah Sheikh Siti Jenar adalah Mufti kepada Raja Parameswara). Sheikh ini dah tau bahawa satu masa nanti, Melaka bakal diserang kerana kekayaannya. Dengan karomah beliaulah, harta tu kekal tersimpan dan sehingga kini tiada sesiapa pun yang dapat ambil harta-harta Kesultanan Melaka berkenaan walaupun telah diusahakan oleh beberapa pembesar negara 
termasuk oleh pihak istana sendiri.

14.Macam saya cakap dulu, kombinasi Ramli Pulau Nangka dan Sheikh Siti Jenar sahajalah yang diizinkan oleh majlis wali pemerintah untuk menerima harta berkenaan. Sejauh mana benarnya, biarlah masa menentukan... Tapi hampir pasti Tun Mahathir bakal diberi sekeping dua duit syiling emas Melaka tak lama lagi… Kata orang sebelah lah.. Tapi janganlah pegang sangat kata-kata mereka yang saya sampaikan ni.. Bukan kita tertipu dek mereka tapi kita ni yang kalah execute SOPnya.

15.LAPISAN KEEMPAT : Lapisan ke-empat adalah lapisan tertinggi. Ia adalah wali qutub dan juga wali keramat zaman dahulu kala sebelum era Rasullullah SAW. Antaranya Imam Asif, Sultan Zolkarnain, Imam Lukmanul serta beberapa wali keramat Nusantara khasnya dari Tanah Jawa seperti Prabu-Prabu. Golongan mereka ini lazimnya adalah rakan atau paling kurang pun mesti bernasab kepada Nabi Ibrahim a.s atau kepada Imam Besar para Wali iaitu Saidina Ali.r.a (ahlul-bait).

16.Bab prabu-prabu ni, sering kita anggap mereka beragama hindu. Saya tolak fakta ini berdasarkan pendedahan saya sendiri dengan mereka khasnya bagi keturunan Raja-Raja Galuh yang berasal dari Prabu Adimulya. Semua mereka mentauhidkan ALLAH SWT dan tak ada seorang pun yang menyekutukan-Nya. Sebab tu juga mereka walaupun di dimensi lain tetapi tetap ampuh. Percaya tak..? Tak percaya, pergilah kencing kat mana-mana prasasti atau tinggalan mereka di tanah Jawa sana. Atau paling kurang, pergi sajalah ke Jugra dan kencing sajalah kat makam Panglima Hitam kat situ. Boleh balik ke tidak tu, saya nak tahu juga..

17.Teringat satu kisah yang telah saya tuliskan dulu. Seorang sahabat saya berketurunan Wan di Taiping dan punyai adik kandung seibu-sebapanya yang ghaib sebaik lahir dan kini adik ghaibnya menetap di puncak Jerai.. Kisahnya saya tulis balik secara ringkas. Wali keramat (keturunan Al-Fatani) di Gunung Jerai hantar satu cupak tembaga ke rumahnya di Taiping untuk digunakan beliau bagi mengaut emas yang bakal diberikan para wali ghaib di puncak Jerai. Kuantiti dibenarnya hanyalah sebanyak tiga cupak sahaja.

18.Seminggu sebelum naik ke Jerai untuk mengambil ‘emas’nya, saya panjangkan satu pesanan saya terima dari Tanah Jawa kepada si kawan ni. Beliau diarahkan Prabu Siliwangi untuk bersowan (ziarah) ke beliau (Prabu Siliwangi) di Karangkamulyan di Ciamis, Jawa Barat untuk laksanakan sedikit tahlil dan doa selamat di sana. Ia mesti dilaksanakan sebelum naik ke puncak Jerai untuk ambil pemberian ‘barang’ terbabit. Dipesan jika gagal ziarah, pasti emasnya tak diperolehi. Sahabat saya bagaimanapun tak berkunjung ke sana tetapi tetap juga naik ke puncak Jerai mengikut jadual asal.

19.Setiba di puncak, diberitahu oleh wali ghaib kat situ bahawa atas arahan penguasa atasan Nusantara, kelulusan
pemberian emas terpaksa ditarik-balik. Aneh kan bagaimana seorang Raja Ghaib dari Jawa boleh mengawal harta di Gunung Jerai. Tapi kalau diperhalusi alasannya, dibilang terus-terang oleh Prabu Siliwangi bahawa semua Raja-Raja Nusantara dan Wali-Walinya, semua pusat daulatnya di Tanah Jawa Barat.

20.Lagi pun, sesama mereka (Prabu dan keluarga Al-Fatani) masih ada hubungan persaudaraan (keturunan Ibrahim a.s). Malah Prabu juga nyatakan bahawa wali-wali keturunan Al-Fatani adalah cucunya yang masih rapat hubungan darah kerana terkait melalui cucunya Sheikh Hidayatullah. Bagaimanapun, pembantu sahabat saya tu tetap dapat seketul emas berat dalam sekilo semata-mata ditunaikan hajatnya nak bayar hutang beliau… Diberi pun ngam-ngam untuk bayar hutang je..

21.Selain menjaga harta-harta warisan para Nabi yakni harta berdaulat, wali atasan ini juga menjaga sistem pemerintahan. Sebab tu juga bilamana suatu kawasan telah diperintah oleh seorang Islam atau seruan Islam telah sampai, maka secara automatik semua harta terpendam tidak lagi tertakluk di bawah hukum zakat harta rikaz. Sebabnya mudah. Harta-harta terbabit, kedaulatan dan jagaannya telah diambil-alih oleh para wali.

22.Untuk mengambilnya semula, mestilah oleh seseorang macam ‘Ramli Pulau Nangka’lah. Yang lain bye-bye.. Dan Ramli pula ditugaskan sebagai ‘amil’ kepada harta berkenaan dan bukanlah milik mutlaknya. Jika dimilik-peribadikan, maka jadilah macam Bung Karno.. Sumpahan harta berdaulat.. Kat negara kita ni pun dah jadi, bukan sekali tapi beberapa kali. Ada yang anaknya mati, ada neneknya mati, terkorban sana terkorban sini. Semuanya kematian luar-jangka dan tragis..

23.Cerita paling best, dua tiga tahun dulu, ada kapal perang friget sebuah kuasa besar tu cuba nak cari satu bangkai tongkang di dasar laut yang penuh jongkong emas di perairan selatan Filipina. Alih-alih di lokasi, ada sedikit ribut lalu kapal ni gagal dikemudi. Kesudahannya tersandar kat atas terumbu karang. Takut kebocoran rahsia, kapal ni terpaksa dipotong-potong untuk dibawa pulang. Sebab tu juga kuasa besar ni dah akur bahawa harta-harta berdaulat kat Nusantara ni berhantu kerana apa penjaganya - sebenarnya bukan hantu tapi dijaga para wali…

24.Selain itu, tugas dan tanggungjawab Wali Besar ini dalam pentadbiran negara juga banyak. Merekalah yang mengendalikan dan menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu secara ghaib. Andai yang bukan hak waris dilantik, para wali ni seboleh-bolehnya mengelakkan dari hal ini terjadi. Jika terjadi juga, pasti adalah huru-hara berlaku kerana doa-doa para wali besar ini amat mujarab. Setakat ni, ianya okey kot.. Begitu juga dalam perlantikan kepimpinan politik suatu negara. Kalau pemimpin yang berkuasa mencurangi amanah perjawatannya, adalah petanda-petanda ketidak-barokahan berlaku seperti musibah yang aneh-aneh. Oppss…. Cukuplah di sini kupasannya.

25.Sebagai selingan, kita pernah tak dengar manusia terkaya di dunia yang tercatat dalam sejarah manusia, seorang Raja dari benua Afrika…? Kekayaan beliau dalam ukuran sekarang ditaksirkan jauh melebihi kombinasi kekayaan tiga manusia terkaya dunia di kala ini. Rahsianya apa ekk…? Bab ni kita gantung dulu untuk di kemudian hari..

oleh Sahabat Shahpaskal

Saturday, September 2, 2017

9 JENIS ROH MANUSIA

Menurut ilmu batin yang disampaikan turun temurun kepada diri keturunan manusia, terdapat 9 jenis Roh. Nampaknya ada Roh di dalam Roh di dalam Roh. Macam mana tu?

Masing-masing Roh mempunyai fungsi sendiri-sendiri. Ke sembilan macam roh yang ada pada manusia itu adalah sebagai berikut:
1. Roh Idofi (Roh Ilofi)Ia adalah roh yang sangat utama bagi manusia. Roh Idofi juga disebut ”JOHAR AWAL SUCI”, kerana roh inilah maka manusia dapat hidup. Bila roh tersebut keluar dari raga, maka manusia yang bersangkutan akan mati. Roh ini sering disebut ”NYAWA”. 
Roh Idofi merupakan Roh Sumber dan dari roh-roh lainnya pun akan turut serta jika roh ini ada. Kalau salah satu roh lain keluar dari raga, maka roh Idofi tetap akan tinggal di dalam jasad dan tidak terkesan. Dan manusia itu tetap hidup. 
Bagi mereka yang sudah sampai pada irodat allah atau kebatinan tinggi, tentu akan mampu menjumpai dan melihat roh ini dengan penglihatannya. Dan wujudnya pula mirip diri sendiri, baik rupa maupun suara serta segala sesuatunya. Bagai berdiri di depan cermin. 
Meskipun roh-roh yang lain juga demikian, tetapi kita dapat membezakannya dengan roh yang satu ini kerana tampaknya lebih dominan. Secara lumrahnya roh idofi berupa nur terang benderang dan rasanya sejuk tenteram (bukan dingin). Tentu saja kita dapat menjumpainya bila sudah mencapai tingkat “INSAN KAMIL”.
2. Roh Rabani
Roh yang dikuasai dan diperintah oleh roh idofi. Umumnya roh ini ada dalam cahaya kuning diam tak bergerak. Bila kita berhasil menjumpainya maka kita tak mempunyai kehendak apa-apa. Hatipun terasa tenteram. Tubuh tak merasakan apa-apa.
3. Roh Rohani
Roh inipun juga dikuasai oleh roh idofi. Kerana adanya roh Rohani ini, maka manusia memiliki kehendak dua rupa. Kadang-kadang suka sesuatu, tetapi di lain waktu ia tak menyukainya. Roh ini mempengaruhi perbuatan baik dan perbuatan buruk. Roh inilah yang menepati pada 4 jenis nafsu, iaitu :
• Nafsu Luwamah (aluamah)
• Nafsu Amarah
• Nafsu Supiyah
• Nafsu Mulamah (Mutma’inah).
Kalau manusia ditinggalkan oleh roh rohani ini, maka manusia itu tidak mempunyai nafsu lagi, sebab semua nafsu manusia itu roh rohani yang mengendalikannya. 
Maka, kalau manusia sudah mampu mengendalikan roh rohani ini dengan baik, ia akan hidup dalam kemuliaan. Roh rohani ini sifatnya selalu mengikuti penglihatan yang melihat. Di mana pandangan kita ditempatkan atau ditujukan, di situlah roh rohani tertumpu. Sebelum kita dapat menjumpainya, terlebih dulu kita akan melihat bermacam-macam cahaya bagai kunang-kunang. Setelah cahaya-cahaya ini menghilang, barulah muncul roh rohani itu.
4. Roh Nurani  Roh ini di bawah pengaruh roh-roh lain termasuk roh Idofi. Roh Nurani ini mempunyai pembawa sifat terang. Kerana adanya roh ini, ia menjadikan manusia yang bersangkutan jadi terang hatinya. Kalau Roh Nurani meninggalkan tubuh maka orang tersebut hatinya menjadi gelap dan fikirannya berkecamuk.
Roh Nurani ini hanya menguasai nafsu Mutma’inah saja. Maka bila manusia ditunggui Roh Nurani, maka nafsu Mutma’inahnya akan menonjol dan kadang kala mengalahkan nafsu-nafsu lainnya.
Hati orang itu jadi tenteram, perilakunya pun baik dan terpuji. Air mukanya bercahaya, tidak banyak bicara, tidak ragu-ragu dalam menghadapi segala sesuatu, tidak nerungut bila ditimpa kesusahan. Suka, sedih, bahagia dan menderita dipandang sama sahaja sebagai kehendak dan kurniaan Allah SWT.
5. Roh Kudus (Roh Suci) Roh yang ini di bawah kekuasaan Roh Idofi sepenuhnya. Roh ini mempengaruhi orang yang bersangkutan mahu memberi pertolongan kepada sesama manusia, mempengaruhi rasa ingin berbuat kebajikan dan mempengaruhi rasa enak bila berbuat ibadah sesuai dengan kepercayaan ajaran atau agama yang dianutinya.
6. Roh RahmaniRoh ini dalam kebanyakan waktu di bawah kekuasaan roh idofi dan kadang kala boleh dipengaruhi roh yang lain. Roh ini juga disebut Roh Pemurah. Ini kerana ia diambil dari kata ”Rahman” sifat Allah SWT yang ertinya Maha Pemurah. Roh ini mempengaruhi manusia bersifat sosial serta suka memberi dan berkongsi.
7. Roh Jasmani
Roh yang di bawah kekuasaan Roh Idofi sepenuhnya. Roh ini menguasai dan mengawal seluruh darah dan urat saraf manusia. Dengan adanya roh jasmani ini, maka manusia dapat merasakan adanya rasa sakit, lesu, lelah, segar dan lain-lainnya. 
Bila Roh ini keluar dari tubuh, maka walau tubuh ditusuk dengan jarum pun tubuh masih tidak terasa sakit. Kalau kita berhasil menjumpainya, maka wujudnya akan sama dengan kita. Cahayanya berwarna merah.
Roh jasmani ini menguasai nafsu amarah dan nafsu hewani. Nafsu hewani ini memiliki sifat dan kegemaran seperti binatang (animal instinct), misalnya: gemar bermalas-malasan, suka bersetubuh, mahu menang sendiri, sukakan harta, kuasa pangkat, harta dan lain-lain seumpamanya.
8. Roh Nabati
Ia ialah roh yang mengendalikan semua perkembangan dan tumbesaran badan. Roh ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi.
9. Roh Rewani
Ia adalah roh yang menjaga sifat hidup raga atau jasad kita. Bila Roh Rewani keluar dari tubuh maka orang yang bersangkutan akan tidur. Bila masuk ke tubuh orang akan terjaga. Bila orang tidur bermimpi dengan arwah seseorang, maka roh rewani dari orang bermimpi itulah yang menjumpainya. Jadi mimpi itu hasil kerja roh rewani yang juga mengendalikan otak manusia. Roh Rewani ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Jadi kepergian Roh Rewani dan kehadirannya kembali adalah diatur oleh Roh Idofi. Demikian juga roh-roh lainnya dalam tubuh, sangat dekat hubungannya dengan Roh Idofi

Thursday, August 24, 2017

RAHSIA PULAU NANGKA

Keseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion. Harta-harta terdiri daripada jongkoh emas, perak dan batu permata.

Mula disimpan sejak dari zaman Sultan Alauddin Riayat Syah, Proses menyimpan berakhir sekitar 1509. Ruang simpanan bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan bukaan yang dibuat oleh doa para Wali Allah pada zaman dahulu. Sebab-sebab simpanan, berlaku selepas mendapat ilham atau firasat mengenai kejatuhan Melaka.

Tidak ada makam atau kubur di pulau tersebut, makam yang ada adalah palsu, diwujudkan sebagai alasan geng pencari harta karun boleh mencerobohi pulau tersebut atas alasan menziarahi makam/kubur.

Perbuatan mengorek, letupan atau menebuk lubang dikhuatiri akan menyebabkan rekahan dalam lubang bawah tanah terbuka sehingga menyebabkan harta ditenggelami oleh air laut, ini disebabkan gua tersebut bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan ruang bawah tanah buatan. Jadi keadaan di tempat itu sangat "fragile", dan mudah pecah sehingga mampu jatuh ke laut (gua terletak di bawah paras air surut)

Image result for pulau nangka
Usaha menggorek secara moden pasti akan menemui kegagalan disebabkan harta tersebut dilindungi dengan doa orang alim zaman dahulu.Setakat sehingga ke hari ini, bermula dari 80an, sudah 50 kumpulan mengusahakan harta di Pulau Nangka tetapi gagal.

Mereka yang berminat dengan harta tersebut haruslah memiliki syarat minima iaitu faham Tauhid seperti Sifat 20. Perlu ke Mekah untuk mendirikan solat hajat di dalam Hijr Ismail. .Kemudian, mendirikan solat di ruang tertentu, bawah batu terapung, Masjid Al Aqsa. Tidak diberitahu pula solat apa atau ruang yang mana pasal kami tidak pernah sampai ke masjid tersebut. Katanya, hanya pewaris yang benar sahaja akan tahu.

Syaratnya terlalu mudah, tak payah sembelih kambing, simbah darah haiwan dan sebagainya/perbuatan syirik.Tidak pernah ada bangunan purba yang didirikan di Pulau Nangka kecuali sebuah rumah lama daripada kayu sebagai tempat rehat.
siapakah yang layak dapat mewarisi harta-harta Pulau Nangka dan bolehlah dinobatkan sebagai pewaris Kesultanan Melaka yang sah dan diakui di alam sebelah sana. Rasanya ni dah pengakhiran kot bab-bab ‘Mencari Ramli Pulau Nangka’ ni.. Kalau Ramli ada anak lelaki, kita buka bab baru.
Bila Sultan Mahmud Shah berundur dari bumi Melaka lebih sikit 500 tahun dahulu, Baginda ke Johor dan zuriatnya yakni cicitnya berjaya memerintah di Johor. Kerajaan Johor warisan Kesultanan Melaka ini berakhir dalam peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Bila mana peristiwa itu berlaku, isteri Sultan Mahmud bergelar Cik Pong yang sedang hamil ini dilarikan senyap-senyap ke Sumatera dan seterusnya bila bayinya dewasa, berjaya mendirikan Kerajaan Siak. 

Kerajaan Siak pulak berakhir bila Sultannya yang terakhir, Sultan Syarif Kasim II secara sukarela joint Bung Karno untuk membentuk Republik Indonesia. Bung Karno ini adalah anak murid ghaib kesayangan Sunan Gunung Jati. Semasa Sultan Syariff Kasim II membubarkan kerajaannya, beliau ada mempunyai satu peti besi yang amat rahsia. Peti ini menyimpan barang keturunan yang amat berharga yang diwarisi berabad-abad. Beliau tak punya zuriat. Dikhabarkan beliau membaling anak kunci peti besi ini ke Sungai Siak dan tinggallah peti besi berkenaan tanpa warisnya dititipkan kepada sesiapa pun

Oleh kerana peti besi berkenaan ada ‘isi’ yang berdaulat lagi berdarjat, maka dah pasti ada penjaga ghaibnya yang bertugas memelihara keutuhan ‘darjat’nya dari dijarah orang yang bukan hak. Maka itu, ianya kebal dari dibuka oleh orang yang bukan empunya hak sehingga kini sebagaimana kebalnya dinding bunker harta Pulau Nangka. Dimaklumkan yang isi di dalamnya adalah barang berdaulat yang diwarisi turun temurun dari Sultan Mahmud, malah dari Oyangnya iaitu Parameswara yang mana dibawa ke Melaka ketika pembukaan Melaka dahulu. 

sesiapa yang dapat membuka dan menzahirkan barangan di dalamnya untuk dedahan umum, beliaulah pewarisnya. Serentak itu juga, beliau juga bakal mewarisi kedaulatan Kesultanan Melaka dan seterusnya harta-harta warisan Sultan Melaka khususnya di Pulau Nangka. tak kisahlah dapat jadi sultan atau tidak, tapi ‘daulat’nya kelak akan semerbak mengharum di bumi nenek-moyangnya dan pada masa yang sama, ‘kekayaan’ silam dapat dinikmati cicit-cicit rakyat Melaka yang satu ketika dulu moyang-moyang mereka bersama-sama membangunkan Melaka.

Image result for pulau nangka

Last sekali nak bagi klu sikit, cara bukanya mestilah dapatkan kunci asalnya dari dalam sungai ATAU panggil pandai-kunci (tukang kunci) untuk buat kunci baru. Kalau nak dapatkan kunci lama, ada beberapa ritual yang harus diikuti seperti dapatkan ‘kesenangan’ atau minyak wangi untuk ghaibnya yang jaga kunci.Selepas tu, bertawasullah dan berinteraksilah dengan para leluhur serta pihak ghaib yang jaga kuncinya. Kalau kaedah kedua, macam biasa. Buat kunci baru dan bukalah. Dah dapat kuncinya, pergilah buka petinya. Dikhabarkan hanya dengan memasukkan anak kuncinya dan dengan dua kali pulas, maka terbukalah petinya..

Maka dengan terbukanya dan dapat dikucupi barangan keturunan ini, maka terzahirlah waris yang sebenar. Pokok pangkal kenalah ada redho ALLAH SWT. Nak redho Illahi, kenalah dapatkan restu para leluhur dan ghaib yang jaganya. Nak dapat restu leluhur, kenalah empunya diri ada ‘hak waris’ dan yang berminat tu kena ingat, bukan beratus orang yang ada diperturunkan hak waris.. Yang ada hanyalah ‘Ramli Pulau Nangka’..


dipetik dan diolah dari penulisan ShahPaskal

Panji Emas Harta Tanah Melayu

kunci gedung Nabi Sulaiman a.s yang dipanggil Panji Emas.
barang-barang ampuh (berkhadam) hilang keampuhannya apabila memasuki sempadan Tanah Melayu. Lazimnya perumah khadam ini adalah objek istimewa macam batu delima, besi kuning, besi meleleh, kulit kerbau landor dan macam-macam lagi. Selalunya dijadikan azimat pelindungan diri, tarik duit, pelaris dan berbagai lagi tujuan tapi banyaknya untuk tujuan yang tak baik.

Image result for laksamana melayu
Sebaik saja benda berkhadam ini nak masuk sempadan tanahair kita, khadamnya akan ditapis oleh taiko Tanah Melayu sama ada dia satu geng atau tak (compatible), apakah dah ada pre-arrangement atau visa masuk. Sebijik macam kawalan imigresen kita. Kalau kemasukannya ditolak, khadam ni tak ikut perumahnya ke negara kita dan yang sampai kat Malaysia nanti hanyalah perumah ‘kosong’.

Tanah Melayu ni ada dua grup khadam yang dominan. Satu di Selat Melaka dan satu lagi di Laut China Selatan. Jajahan mereka bertemu di daratan, ertinya Tanah Melayu ni fully covered. Yang di Selat Melaka, dah banyak kali bertindak terutamanya menenggelamkan kapal-kapal penjajah dan meminimumkan kebanjiran elemen-elemen ghaib dan sihir keterlaluan dari memasuki Tanah Melayu.

Khadamnya adalah khadam Taming Sari dan menjaga tanah ini sejak Nabi Ibrahim a.s lagi. Dan dia juga sebahagian khadam yang menjaga harta Tanah Melayu selain khadam yang khusus untuk gudang Sulaiman a.s.

Yang di Laut China Selatan pulak, juga lazimnya memantau kot-kot ada yang cuba melarikan harta Tanah Melayu ikut kapal laut atau udara (kapal terbang). Kalau ada, ikut fitrahnya wassalamlah dan berkuburlah engkau kat dasar laut.

Tanah Melayu ni istimewa kerana salah-satunya adanya gudang Nabi Sulaiman a.s. Gudang ni bukanlah piramid atau berbentuk demikian. Yang disebut piramid tu cuma sekadar memudahkan pemahaman kita sahaja. So, janganlah ada geng yang sibuk merayau ke sana ke sini semata-mata nak buktikan yang piramid ni tak wujud. Ko takkan jumpa.. 

tahukah kita gudang terbesar harta warisan Nabi-Nabi ni kat mana? Gudang terbesarnya adalah di bawah Kaabah kat Mekah. Jumlahnya tak termampu kita nak bayangkan. Tetapi stok ini secara logiknya tak mungkin dapat dizahirkan kecualilah dah ketentuan Illahi yang ia dizahirkan, ketentuan-Nya mengatasi segala-gala.

Apa sebenarnya panji emas ni..? Macam anak kunci Qorun ke atau anak kunci Yale..? Sebenar-benarnya ia bukanlah anak kunci yang tergambar kat minda kita. Ia tak lebih adalah watikah sahaja dan objek warisan Rasullullah SAW untuk seseorang dari keturunan Baginda. Cicitnya yang pertama menerima kunci ini adalah Sheikh Syarif Hidayatullah aka Sunan Gunung Jati dan dikhabarkan akan dilanjutkan warisan ini kepada salah seorang keturunan beliau, mungkin sebagai perlaksananya atau bagaimana, wallahualam…

Berbalik kepada panji yang real. Kunci berkenaan hanyalah satu botol kaca jernih sebesar jari kelingking sepanjang lebih sedikit 2 inci (7-8 cm). Di dalamnya ada minyak yang bening (jernih) dan sebatang objek logam emas berbentuk seperti kuda laut sebesar batang mancis. Dikhabarkan objek ni sekarang berada dalam simpanan Sultan Abdul Samad selaku penjaganya di Tanah Melayu. Dan akhirnya untuk siapa nanti, tak lah tahu pulak..

Dikatakan barang siapa yang menerimanya nanti, bakal diiringi lebih banyak barangan ghaib yang khusus untuk membuka gudang-gudang di Tanah Melayu sama ada gudang purba milik para Nabi, milik British atau milik Jepun, semuanya sekali termasuklah Pulau Nangka. Buka bukanlah macam kita sangkakan. Semuanya pekerjaan oleh bala tentera ghaib. Dengan itu juga kata mudahnya, harta keseluruhan dalam perbatasan Tanah Melayu akan diserahkan untuk tadbiran si penerima tadi.

Mungkin itu juga, amat sesuailah maksud hadis Baginda Rasullullah SAW berkaitan kunci perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s ini yang mana Baginda amat musykil dan khuatir kalaulah umat Baginda di akhir zaman tahu bahawa Baginda ada wariskan kunci harta Sulaiman a.s ini, nescaya ramai umatnya akan jadi musyrik akibat terkejar-kejar akan harta (kunci) ini sehingga melupai adab dan kewajipan yang hakiki. Lantas mengundang banyak mala-petaka dan musibah diluar-jangka.

Satu dunia tertarik untuk mencari gedung emas Nabi Sulaiman, dari pelbagai bangsa, Yahudi, Serani dan juga orang-orang kita. ada orang kata, ia terletak di bawah Masjid Al Aqsa dan kerana itu orang Yahudi sibuk menggalinya. Ada orang kata, orang Yahudi menggali untuk mencari kitab-kitab ilmu hitam yang disembunyikan tetapi saya menolak perkara tersebut, tanpa kitab-kitab ini pun, manusia tetap mampu berhubung dengan syaitan dan mengamalkan ilmu-ilmu hitam. Pyramid itulah Gedung Emas Nabi Sulaiman dan kod inilah yang berjaya dipecahkan bangsa barat sehingga mereka mencarinya di nusantara.

Kewalian Sultan Abdul Samad ini tidak ramai yang tahu. Di alam sebelah sana, beliau merupakan pemerintah bagi para wali di Tanah Melayu. Beliau merupakan antara sultan yang paling 'low profile' di kalangan nama-nama hebat di tanah bertuah ini khususnya Selangor. bagaimana seorang sultan menjadi sangat kaya sehingga mampu membangunkan Kuala Lumpur dan Jugra.

ada mengatakan semua pembangunan ini dibuat melalui hasil lombong timah. Tapi sebenarnya, Kekayaan ini terkait dengan rizab emas Nabi Sulaiman yang dikeluarkan sedikit bagi membangunkan ibu negara Selangor dan yang terpenting, sistem rel kereta api Tanah Melayu. Bagi mencari sejarah penggunaan harta Nabi Sulaiman ini, saya mula mendampingi susur galur keluarga Sultan Abdul Samad. Akhirnya, saya berpeluang melihat 'carta keluarga' yang disusun melalui cicitnya yang saya panggil Pak Ungku. Seorang ahli tasawuf yang duduk di Banting.

Seiring dengan peredaran zaman, baginda juga tidak lepas dari disandung fitnah. Baginda dituduh menjadi tali barut British. Yang orang tidak tahu, British sentiasa mencari peluang untuk berbaik dengan Sultan Abdul Samad bagi mengorek rahsia mengenai hasil emas dan harta karun yang menjadi tunggak kekayaan baginda. Daripada sejarah lisan yang disampaikan oleh keturunan Sultab Abdul Samad, saya difahamkan, baginda pernah dipanggil ke Istana Buckingham untuk diberi gelaran "SIR", tetapi sesuai dengan kedudukannya sebagai pemerintah dan wali kecil ketika itu, beliau tidak mahu menjatuhkan martabat dirinya sebagai seorang raja Melayu dan maruahnya sebagai seorang mukmin, perlawaan itu ditolak secara baik.

Sultan Abdul Samad dan orang kepercayaannya yang dipanggil sebagai "Panglima Hitam" pernah belayar ke Palestin untuk mengambil kunci emas Nabi Sulaiman. Kunci ini diguna bagi mengeluarkan sedikit harta dari rizab emas Gedung Nabi Sulaiman yang terletak di Tanah Melayu, dengan kekayaan inilah, beliau membangunkan, bangunan Sultan Abdul Samad, ibupejabat KTMB, stesyen besar KTM, bangunan-bangunan lama dan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan yang paling utama adalah landasan keretapi yang berlingkar di Tanah Melayu ini.

Saya tidak perlu kemukakan bukti, saudara boleh lihat dengan mata kepala sendiri dan panjangkan fikiran....apa begitu muliakan hati penjajah mahu membangunkan bangunan-bangunan ini dengan seni reka Islam?

Jika benar hati penjajah begitu bersih, mengapa bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain tidak mempunyai sentuhan Islam, sebaliknya architecture Inggeris secara TOTAL? Dengan kekayaan tersebut, pembinaan bangunan2 ini dibiayai oleh Sultan Abdul Samad, Inggeris hanya menjadi pembina dan pereka. Beliau  hanya meninggalkan namanya pada Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kenang-kenangan. di bawah bangunan tersebut terdapat bilik bawah tanah dan terowong-terowong yang menghubungkan beberapa lokasi lain di ibu negara. bilik-bilik bawah tanah itu satu ketika dahulu menempatkan emas negeri-negeri Selat tetapi sekarang tidak wujud lagi, bilik dan kompleks bawah tanah itu masih ada.

dipetik dan diolah dari penulisan ShahPaskal

PIRAMID MELAYU (PAHANG)

satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.

NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.


Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan. Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

dari maklumat yang didapati melalui kajian peribadi, Piramid ini adalah Piramid kepunyaan Nabi Sulaiman AS, tetapi adakah Nabi Sulaiman yang membinanya.. atau mewarisinya.. itu kurang pasti..

ini kerana, sebatas pengetahuan saya, Piramid-piramid ini adalah teknologi Bangsa terdahulu. Piramid yang terhebat berada di Bulan dan Piramid yang terhebat di bumi pula adalah di Peru yang dibina oleh Bangsa yang bernama Al Din.

kembali, Piramid Melayu ini diwarisi oleh Sang Sapurba, (ada darah Iskandar Zulkarnain) iaitu Raja Melayu yang pertama yang mana jajahannya adalah dari CHINA ke INDIA, dan turun ke NUSANTARA (kepulauan Melayu), cuma adakah pada waktu itu, NUSANTARA(Melayuria) ini dalam bentuk kepulauan atau tanah besar (wallahuklam). cuma yang saya dapat, ia merupakan tanah besar (sebelum tenggelam dan menjadi kepulauan).

Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa

lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia. (info limited dan terpaksa dirahsiakan pada pengetahuan umum takut ramai indiana jones malaysia pulak nanti.. haha)

sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah. Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.

No automatic alt text available.

Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi. mudah cerita.. dah bertimbun tanah atas dia bukan main tebal lagi.. pastu biasalah.. ada tanah adalah tumbuhan.. jadilah gunung..

TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL
“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.

sama dengan logam emas, emas dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi , emas boleh dijadikan medium suling air, pengalir tenaga terbaik, sumber pengekalan awet muda dll.

Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia. Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini. Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya..


Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik..Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)
Cukup terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya. info tersebut dah cukup besar. lain-lain.. rahsia.. nak tahu jugak.. sila masuk sendiri..

Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu. Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.

Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza. Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.

negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutan Sarawak atau Sabah. Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.

lokasi piramid ni dekat pahang dan dikawal rapi oleh GDK...

dipetik dan diolah dari penulis Shahpaskal , dan info kajian peribadi

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...