Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Sunday, September 10, 2017

STRUKTUR KEWALIAN

Assalamualaikum…. Salam sejahtera buat semua.. Seperti biasa, kita mulakan dengan salawat dan salam kepada Baginda SAW. Juga Al-Fatihah dihadiahkan buat semua yang masih hidup dan juga yang telah pergi termasuklah para arwah baik dari kaum keluarga kita sendiri mahu pun para mukmin lain. Dan diharap yang membaca tulisan ini, juga telah menatapi tulisan-tulisan sebelum ini agar mudah memahaminya.

1. Sebelum tu, nak nyatakan tentang sambungan artikel minggu lalu, dah ada contentnya tapi masa lak belum sesuai nak publish. Tunggulah… Apa-apa ;pun, berbalik kita kepada topik kali ni. Saya buatlah sikit pencerahan akan lapisan atau kata lain struktur kewalian dan juga tugas-tugas mereka mengikut kefahaman dan apa yang disampaikan oleh mereka. Umumnya, dunia kewalian ni macam kita juga, punya hieraki organisasi yang tersusun dan amat sistematik dari segi authoritinya.

2. Di alam kewalian yang bersifat ghaib, semua wali-wali sebelum Rasullullah SAW sesungguhnya akur kepada para wali utama (qutub) selepas mereka yakni di-era Islam bersyariat dibawa Muhammad SAW. Dalam erti kata lain, tugas khusus para wali -wali sebelum Rasullullah SAW akan berakhir dan tugas ini akan dipikul pula oleh wali-wali zaman bermulanya tahun Hijri khasnya bernasabkan Rasullullah SAW, baik nasab kombinasi darah + ilmu atau nasab ilmunya (sanad) kecuali tugasan tertentu yang masih dipegang mereka yang otai-otai ni.

3. Kita tahu, dalam konteks Nusantara, hampir semua wali besar yang ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu di alam mereka adalah dari ahlul-bait dan yang terbaiknya kombinasi dengan nasab Ibu Qenturah. Nasab kombinasi ini lazimnya dikategori sebagai wali pemerintah yakni ilmu agamanya dari Rasullulah SAW (Ibu Hajar) dan ilmu kesaktian dalam memerintah dari Ibu Qenturah.
Umumnya terdapat empat tahap kewalian iaitu 
- Lapisan Pertama (wali kecil), 
- Lapisan Kedua (wali wilayah / daerah), 
- Lapisan Ketiga (wali besar / negara),
- Lapisan Keempat (waliqutub).

4. Walaupun berbagai-bagai tahap atau pangkat telah ditulis oleh ramai orang, saya anggap ia hanyalah bersifat
akademik sahaja dan tak menggambarkan situasi sebenarnya terutama bila membicarakan kewalian di Alam Melayu. Sekarang kita tengoklah satu persatu walaupun penerangannya sekadar kulit saja.

5. LAPISAN PERTAMA : Lapisan ini lebih kepada wali kecil di mana ia lebih bersifat setempat. Banyak guru-guru agama pondok dalam kategori ini. Waktu hidupnya juga dianugerahi karomah serta dikenali sebagai calon wali tetapi karomahnya tidak lah dapat dimanfaatkan orang ramai secara meluas. Lazimnya setelah meninggal, barulah terzahir atau berjaya dikesan akan kewaliannya. Tak perlulah sebutkan siapa mereka, ramai dah tahu pun dan dah ada pun buku-buku dan poster khusus untuk itu.

6. Di lapisan pertama ini, peranan ghaibnya taklah banyak. Tak ada peranan khusus atau sebagai pembuat keputusan melainkan apa yang kita dah fahami baik sewaktu hidupnya atau sesudah itu. Mereka ini menjadi jemaah kepada perkumpulan para wali dan lazimnya berada di saf belakang semasa dalam mana-mana perjumpaan. Wali lapisan pertama ini kalau ingin berjumpa dengan wali utama, ada tertib dan tatacaranya. Macam kitalah, nak jumpa raja atau sultan, mesti ada aturannya.

7. LAPISAN KEDUA : Lapisan kedua pula lebih kepada wali-wali besar peringkat wilayah dan negeri. Mereka adalah wali yang dikenali ramai bermula semasa hidupnya lagi tetapi taklah pulak menganggotai majlis wali-wali. Mereka ini ada peranan tertentu tetapi mungkin agak terhad. Mereka juga dijemput menghadiri persidangan wali-wali tetapi sebagai peserta. Ada yang masa hidupnya jadi qadi, mufti, penasihat raja dan pentadbir agama.

8. Wali lapisan kedua ni juga kalau nak jumpa wali utama yang lebih tinggi, harus juga melalui aturan tertentu. Begitu juga kalau nak memutuskan sesuatu yang belum pernah diputuskan sebelum ni, mereka akan merujuk hal itu kepada peringkat lebih tinggi.

9. Dah jadi kelaziman cucu-cicit wali-wali lapisan kedua ini yang jadi ulama besar, pengamal perubatan Islam dan pendidik. Selalunya mereka sukses dalam menghasilkan apa yang diusahakan. Cuma masalahnya sekarang ni, ramai yang saban waktu mengaku mereka adalah keturunan wali wali ini tetapi mungkin hanya sebahagian saja yang benar-benar ikut cara nenek moyang mereka beramal. Selebihnya ke laut…

10.LAPISAN KETIGA : Lapisan ketiga pula adalah wali-wali besar yang berkedudukan. Ini lebih kepada perjawatan ahli jawatankuasa dan keahliannya boleh berubah mengikut era dan edaran masa. Antaranya yang sering kita jumpa dipanggil Wali 7 untuk negara kita atau Wali 9 di Tanah Jawa. Walaupun nama saja 7 atau 9, namun ada lagi ahlinya yang lain. Kalau nak buat sesuatu keputusan penting, kalangan mereka ini akan duduk bersidang bagi mencari konsesus. Bagaimanapun, kuasa pemutus ada ditangan wali qutub dan penghulunya. Cara mana diputuskan, next posting…,

11.Hampir kesemua adalah bercorak turun-temurun. Kadang-kadang karomah atau keistimewaan mereka bermula di waktu kecil lagi. Ada juga telah dikesan bibit-bibit istimewanya oleh kalangan tua yang kasyaf yang si-anak ni nanti akan jadi seseorang penting. Inilah salah satu yang dipanggil hanya wali mengenal wali. Majoritinya adalah dari keturunan ahlul-bait.

12.Peranan wali besar ini banyak. Kita ambil contoh Kerajaan Melaka di bawah dua sultan terakhirnya. Ramai yang anggap sultannya bertaraf wali dan saya setuju statement ni (contohnya Sultan Alauddin Riayat Shah dan anakandanya Sultan Mahmud Shah). Di waktu pemerintahan dua beranak inilah kekayaan Melaka mula dicemburui orang luar sehinggaa memaksa harta-harta ini dipindahkan ke Pulau Nangka secara kombinasi usaha zahir dan alam ghaib sebelum terlepas ke tangan penjajah.

13.Orang yang bertanggungjawab adalah penasihat agama kesultanan waktu berkenaan iaitu Sheikh Siti Jenar (telah saya nyatakan dulu, ayah Sheikh Siti Jenar adalah Mufti kepada Raja Parameswara). Sheikh ini dah tau bahawa satu masa nanti, Melaka bakal diserang kerana kekayaannya. Dengan karomah beliaulah, harta tu kekal tersimpan dan sehingga kini tiada sesiapa pun yang dapat ambil harta-harta Kesultanan Melaka berkenaan walaupun telah diusahakan oleh beberapa pembesar negara 
termasuk oleh pihak istana sendiri.

14.Macam saya cakap dulu, kombinasi Ramli Pulau Nangka dan Sheikh Siti Jenar sahajalah yang diizinkan oleh majlis wali pemerintah untuk menerima harta berkenaan. Sejauh mana benarnya, biarlah masa menentukan... Tapi hampir pasti Tun Mahathir bakal diberi sekeping dua duit syiling emas Melaka tak lama lagi… Kata orang sebelah lah.. Tapi janganlah pegang sangat kata-kata mereka yang saya sampaikan ni.. Bukan kita tertipu dek mereka tapi kita ni yang kalah execute SOPnya.

15.LAPISAN KEEMPAT : Lapisan ke-empat adalah lapisan tertinggi. Ia adalah wali qutub dan juga wali keramat zaman dahulu kala sebelum era Rasullullah SAW. Antaranya Imam Asif, Sultan Zolkarnain, Imam Lukmanul serta beberapa wali keramat Nusantara khasnya dari Tanah Jawa seperti Prabu-Prabu. Golongan mereka ini lazimnya adalah rakan atau paling kurang pun mesti bernasab kepada Nabi Ibrahim a.s atau kepada Imam Besar para Wali iaitu Saidina Ali.r.a (ahlul-bait).

16.Bab prabu-prabu ni, sering kita anggap mereka beragama hindu. Saya tolak fakta ini berdasarkan pendedahan saya sendiri dengan mereka khasnya bagi keturunan Raja-Raja Galuh yang berasal dari Prabu Adimulya. Semua mereka mentauhidkan ALLAH SWT dan tak ada seorang pun yang menyekutukan-Nya. Sebab tu juga mereka walaupun di dimensi lain tetapi tetap ampuh. Percaya tak..? Tak percaya, pergilah kencing kat mana-mana prasasti atau tinggalan mereka di tanah Jawa sana. Atau paling kurang, pergi sajalah ke Jugra dan kencing sajalah kat makam Panglima Hitam kat situ. Boleh balik ke tidak tu, saya nak tahu juga..

17.Teringat satu kisah yang telah saya tuliskan dulu. Seorang sahabat saya berketurunan Wan di Taiping dan punyai adik kandung seibu-sebapanya yang ghaib sebaik lahir dan kini adik ghaibnya menetap di puncak Jerai.. Kisahnya saya tulis balik secara ringkas. Wali keramat (keturunan Al-Fatani) di Gunung Jerai hantar satu cupak tembaga ke rumahnya di Taiping untuk digunakan beliau bagi mengaut emas yang bakal diberikan para wali ghaib di puncak Jerai. Kuantiti dibenarnya hanyalah sebanyak tiga cupak sahaja.

18.Seminggu sebelum naik ke Jerai untuk mengambil ‘emas’nya, saya panjangkan satu pesanan saya terima dari Tanah Jawa kepada si kawan ni. Beliau diarahkan Prabu Siliwangi untuk bersowan (ziarah) ke beliau (Prabu Siliwangi) di Karangkamulyan di Ciamis, Jawa Barat untuk laksanakan sedikit tahlil dan doa selamat di sana. Ia mesti dilaksanakan sebelum naik ke puncak Jerai untuk ambil pemberian ‘barang’ terbabit. Dipesan jika gagal ziarah, pasti emasnya tak diperolehi. Sahabat saya bagaimanapun tak berkunjung ke sana tetapi tetap juga naik ke puncak Jerai mengikut jadual asal.

19.Setiba di puncak, diberitahu oleh wali ghaib kat situ bahawa atas arahan penguasa atasan Nusantara, kelulusan
pemberian emas terpaksa ditarik-balik. Aneh kan bagaimana seorang Raja Ghaib dari Jawa boleh mengawal harta di Gunung Jerai. Tapi kalau diperhalusi alasannya, dibilang terus-terang oleh Prabu Siliwangi bahawa semua Raja-Raja Nusantara dan Wali-Walinya, semua pusat daulatnya di Tanah Jawa Barat.

20.Lagi pun, sesama mereka (Prabu dan keluarga Al-Fatani) masih ada hubungan persaudaraan (keturunan Ibrahim a.s). Malah Prabu juga nyatakan bahawa wali-wali keturunan Al-Fatani adalah cucunya yang masih rapat hubungan darah kerana terkait melalui cucunya Sheikh Hidayatullah. Bagaimanapun, pembantu sahabat saya tu tetap dapat seketul emas berat dalam sekilo semata-mata ditunaikan hajatnya nak bayar hutang beliau… Diberi pun ngam-ngam untuk bayar hutang je..

21.Selain menjaga harta-harta warisan para Nabi yakni harta berdaulat, wali atasan ini juga menjaga sistem pemerintahan. Sebab tu juga bilamana suatu kawasan telah diperintah oleh seorang Islam atau seruan Islam telah sampai, maka secara automatik semua harta terpendam tidak lagi tertakluk di bawah hukum zakat harta rikaz. Sebabnya mudah. Harta-harta terbabit, kedaulatan dan jagaannya telah diambil-alih oleh para wali.

22.Untuk mengambilnya semula, mestilah oleh seseorang macam ‘Ramli Pulau Nangka’lah. Yang lain bye-bye.. Dan Ramli pula ditugaskan sebagai ‘amil’ kepada harta berkenaan dan bukanlah milik mutlaknya. Jika dimilik-peribadikan, maka jadilah macam Bung Karno.. Sumpahan harta berdaulat.. Kat negara kita ni pun dah jadi, bukan sekali tapi beberapa kali. Ada yang anaknya mati, ada neneknya mati, terkorban sana terkorban sini. Semuanya kematian luar-jangka dan tragis..

23.Cerita paling best, dua tiga tahun dulu, ada kapal perang friget sebuah kuasa besar tu cuba nak cari satu bangkai tongkang di dasar laut yang penuh jongkong emas di perairan selatan Filipina. Alih-alih di lokasi, ada sedikit ribut lalu kapal ni gagal dikemudi. Kesudahannya tersandar kat atas terumbu karang. Takut kebocoran rahsia, kapal ni terpaksa dipotong-potong untuk dibawa pulang. Sebab tu juga kuasa besar ni dah akur bahawa harta-harta berdaulat kat Nusantara ni berhantu kerana apa penjaganya - sebenarnya bukan hantu tapi dijaga para wali…

24.Selain itu, tugas dan tanggungjawab Wali Besar ini dalam pentadbiran negara juga banyak. Merekalah yang mengendalikan dan menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu secara ghaib. Andai yang bukan hak waris dilantik, para wali ni seboleh-bolehnya mengelakkan dari hal ini terjadi. Jika terjadi juga, pasti adalah huru-hara berlaku kerana doa-doa para wali besar ini amat mujarab. Setakat ni, ianya okey kot.. Begitu juga dalam perlantikan kepimpinan politik suatu negara. Kalau pemimpin yang berkuasa mencurangi amanah perjawatannya, adalah petanda-petanda ketidak-barokahan berlaku seperti musibah yang aneh-aneh. Oppss…. Cukuplah di sini kupasannya.

25.Sebagai selingan, kita pernah tak dengar manusia terkaya di dunia yang tercatat dalam sejarah manusia, seorang Raja dari benua Afrika…? Kekayaan beliau dalam ukuran sekarang ditaksirkan jauh melebihi kombinasi kekayaan tiga manusia terkaya dunia di kala ini. Rahsianya apa ekk…? Bab ni kita gantung dulu untuk di kemudian hari..

oleh Sahabat Shahpaskal

Thursday, August 24, 2017

RAHSIA PULAU NANGKA

Keseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion. Harta-harta terdiri daripada jongkoh emas, perak dan batu permata.

Mula disimpan sejak dari zaman Sultan Alauddin Riayat Syah, Proses menyimpan berakhir sekitar 1509. Ruang simpanan bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan bukaan yang dibuat oleh doa para Wali Allah pada zaman dahulu. Sebab-sebab simpanan, berlaku selepas mendapat ilham atau firasat mengenai kejatuhan Melaka.

Tidak ada makam atau kubur di pulau tersebut, makam yang ada adalah palsu, diwujudkan sebagai alasan geng pencari harta karun boleh mencerobohi pulau tersebut atas alasan menziarahi makam/kubur.

Perbuatan mengorek, letupan atau menebuk lubang dikhuatiri akan menyebabkan rekahan dalam lubang bawah tanah terbuka sehingga menyebabkan harta ditenggelami oleh air laut, ini disebabkan gua tersebut bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan ruang bawah tanah buatan. Jadi keadaan di tempat itu sangat "fragile", dan mudah pecah sehingga mampu jatuh ke laut (gua terletak di bawah paras air surut)

Image result for pulau nangka
Usaha menggorek secara moden pasti akan menemui kegagalan disebabkan harta tersebut dilindungi dengan doa orang alim zaman dahulu.Setakat sehingga ke hari ini, bermula dari 80an, sudah 50 kumpulan mengusahakan harta di Pulau Nangka tetapi gagal.

Mereka yang berminat dengan harta tersebut haruslah memiliki syarat minima iaitu faham Tauhid seperti Sifat 20. Perlu ke Mekah untuk mendirikan solat hajat di dalam Hijr Ismail. .Kemudian, mendirikan solat di ruang tertentu, bawah batu terapung, Masjid Al Aqsa. Tidak diberitahu pula solat apa atau ruang yang mana pasal kami tidak pernah sampai ke masjid tersebut. Katanya, hanya pewaris yang benar sahaja akan tahu.

Syaratnya terlalu mudah, tak payah sembelih kambing, simbah darah haiwan dan sebagainya/perbuatan syirik.Tidak pernah ada bangunan purba yang didirikan di Pulau Nangka kecuali sebuah rumah lama daripada kayu sebagai tempat rehat.
siapakah yang layak dapat mewarisi harta-harta Pulau Nangka dan bolehlah dinobatkan sebagai pewaris Kesultanan Melaka yang sah dan diakui di alam sebelah sana. Rasanya ni dah pengakhiran kot bab-bab ‘Mencari Ramli Pulau Nangka’ ni.. Kalau Ramli ada anak lelaki, kita buka bab baru.
Bila Sultan Mahmud Shah berundur dari bumi Melaka lebih sikit 500 tahun dahulu, Baginda ke Johor dan zuriatnya yakni cicitnya berjaya memerintah di Johor. Kerajaan Johor warisan Kesultanan Melaka ini berakhir dalam peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Bila mana peristiwa itu berlaku, isteri Sultan Mahmud bergelar Cik Pong yang sedang hamil ini dilarikan senyap-senyap ke Sumatera dan seterusnya bila bayinya dewasa, berjaya mendirikan Kerajaan Siak. 

Kerajaan Siak pulak berakhir bila Sultannya yang terakhir, Sultan Syarif Kasim II secara sukarela joint Bung Karno untuk membentuk Republik Indonesia. Bung Karno ini adalah anak murid ghaib kesayangan Sunan Gunung Jati. Semasa Sultan Syariff Kasim II membubarkan kerajaannya, beliau ada mempunyai satu peti besi yang amat rahsia. Peti ini menyimpan barang keturunan yang amat berharga yang diwarisi berabad-abad. Beliau tak punya zuriat. Dikhabarkan beliau membaling anak kunci peti besi ini ke Sungai Siak dan tinggallah peti besi berkenaan tanpa warisnya dititipkan kepada sesiapa pun

Oleh kerana peti besi berkenaan ada ‘isi’ yang berdaulat lagi berdarjat, maka dah pasti ada penjaga ghaibnya yang bertugas memelihara keutuhan ‘darjat’nya dari dijarah orang yang bukan hak. Maka itu, ianya kebal dari dibuka oleh orang yang bukan empunya hak sehingga kini sebagaimana kebalnya dinding bunker harta Pulau Nangka. Dimaklumkan yang isi di dalamnya adalah barang berdaulat yang diwarisi turun temurun dari Sultan Mahmud, malah dari Oyangnya iaitu Parameswara yang mana dibawa ke Melaka ketika pembukaan Melaka dahulu. 

sesiapa yang dapat membuka dan menzahirkan barangan di dalamnya untuk dedahan umum, beliaulah pewarisnya. Serentak itu juga, beliau juga bakal mewarisi kedaulatan Kesultanan Melaka dan seterusnya harta-harta warisan Sultan Melaka khususnya di Pulau Nangka. tak kisahlah dapat jadi sultan atau tidak, tapi ‘daulat’nya kelak akan semerbak mengharum di bumi nenek-moyangnya dan pada masa yang sama, ‘kekayaan’ silam dapat dinikmati cicit-cicit rakyat Melaka yang satu ketika dulu moyang-moyang mereka bersama-sama membangunkan Melaka.

Image result for pulau nangka

Last sekali nak bagi klu sikit, cara bukanya mestilah dapatkan kunci asalnya dari dalam sungai ATAU panggil pandai-kunci (tukang kunci) untuk buat kunci baru. Kalau nak dapatkan kunci lama, ada beberapa ritual yang harus diikuti seperti dapatkan ‘kesenangan’ atau minyak wangi untuk ghaibnya yang jaga kunci.Selepas tu, bertawasullah dan berinteraksilah dengan para leluhur serta pihak ghaib yang jaga kuncinya. Kalau kaedah kedua, macam biasa. Buat kunci baru dan bukalah. Dah dapat kuncinya, pergilah buka petinya. Dikhabarkan hanya dengan memasukkan anak kuncinya dan dengan dua kali pulas, maka terbukalah petinya..

Maka dengan terbukanya dan dapat dikucupi barangan keturunan ini, maka terzahirlah waris yang sebenar. Pokok pangkal kenalah ada redho ALLAH SWT. Nak redho Illahi, kenalah dapatkan restu para leluhur dan ghaib yang jaganya. Nak dapat restu leluhur, kenalah empunya diri ada ‘hak waris’ dan yang berminat tu kena ingat, bukan beratus orang yang ada diperturunkan hak waris.. Yang ada hanyalah ‘Ramli Pulau Nangka’..


dipetik dan diolah dari penulisan ShahPaskal

Panji Emas Harta Tanah Melayu

kunci gedung Nabi Sulaiman a.s yang dipanggil Panji Emas.
barang-barang ampuh (berkhadam) hilang keampuhannya apabila memasuki sempadan Tanah Melayu. Lazimnya perumah khadam ini adalah objek istimewa macam batu delima, besi kuning, besi meleleh, kulit kerbau landor dan macam-macam lagi. Selalunya dijadikan azimat pelindungan diri, tarik duit, pelaris dan berbagai lagi tujuan tapi banyaknya untuk tujuan yang tak baik.

Image result for laksamana melayu
Sebaik saja benda berkhadam ini nak masuk sempadan tanahair kita, khadamnya akan ditapis oleh taiko Tanah Melayu sama ada dia satu geng atau tak (compatible), apakah dah ada pre-arrangement atau visa masuk. Sebijik macam kawalan imigresen kita. Kalau kemasukannya ditolak, khadam ni tak ikut perumahnya ke negara kita dan yang sampai kat Malaysia nanti hanyalah perumah ‘kosong’.

Tanah Melayu ni ada dua grup khadam yang dominan. Satu di Selat Melaka dan satu lagi di Laut China Selatan. Jajahan mereka bertemu di daratan, ertinya Tanah Melayu ni fully covered. Yang di Selat Melaka, dah banyak kali bertindak terutamanya menenggelamkan kapal-kapal penjajah dan meminimumkan kebanjiran elemen-elemen ghaib dan sihir keterlaluan dari memasuki Tanah Melayu.

Khadamnya adalah khadam Taming Sari dan menjaga tanah ini sejak Nabi Ibrahim a.s lagi. Dan dia juga sebahagian khadam yang menjaga harta Tanah Melayu selain khadam yang khusus untuk gudang Sulaiman a.s.

Yang di Laut China Selatan pulak, juga lazimnya memantau kot-kot ada yang cuba melarikan harta Tanah Melayu ikut kapal laut atau udara (kapal terbang). Kalau ada, ikut fitrahnya wassalamlah dan berkuburlah engkau kat dasar laut.

Tanah Melayu ni istimewa kerana salah-satunya adanya gudang Nabi Sulaiman a.s. Gudang ni bukanlah piramid atau berbentuk demikian. Yang disebut piramid tu cuma sekadar memudahkan pemahaman kita sahaja. So, janganlah ada geng yang sibuk merayau ke sana ke sini semata-mata nak buktikan yang piramid ni tak wujud. Ko takkan jumpa.. 

tahukah kita gudang terbesar harta warisan Nabi-Nabi ni kat mana? Gudang terbesarnya adalah di bawah Kaabah kat Mekah. Jumlahnya tak termampu kita nak bayangkan. Tetapi stok ini secara logiknya tak mungkin dapat dizahirkan kecualilah dah ketentuan Illahi yang ia dizahirkan, ketentuan-Nya mengatasi segala-gala.

Apa sebenarnya panji emas ni..? Macam anak kunci Qorun ke atau anak kunci Yale..? Sebenar-benarnya ia bukanlah anak kunci yang tergambar kat minda kita. Ia tak lebih adalah watikah sahaja dan objek warisan Rasullullah SAW untuk seseorang dari keturunan Baginda. Cicitnya yang pertama menerima kunci ini adalah Sheikh Syarif Hidayatullah aka Sunan Gunung Jati dan dikhabarkan akan dilanjutkan warisan ini kepada salah seorang keturunan beliau, mungkin sebagai perlaksananya atau bagaimana, wallahualam…

Berbalik kepada panji yang real. Kunci berkenaan hanyalah satu botol kaca jernih sebesar jari kelingking sepanjang lebih sedikit 2 inci (7-8 cm). Di dalamnya ada minyak yang bening (jernih) dan sebatang objek logam emas berbentuk seperti kuda laut sebesar batang mancis. Dikhabarkan objek ni sekarang berada dalam simpanan Sultan Abdul Samad selaku penjaganya di Tanah Melayu. Dan akhirnya untuk siapa nanti, tak lah tahu pulak..

Dikatakan barang siapa yang menerimanya nanti, bakal diiringi lebih banyak barangan ghaib yang khusus untuk membuka gudang-gudang di Tanah Melayu sama ada gudang purba milik para Nabi, milik British atau milik Jepun, semuanya sekali termasuklah Pulau Nangka. Buka bukanlah macam kita sangkakan. Semuanya pekerjaan oleh bala tentera ghaib. Dengan itu juga kata mudahnya, harta keseluruhan dalam perbatasan Tanah Melayu akan diserahkan untuk tadbiran si penerima tadi.

Mungkin itu juga, amat sesuailah maksud hadis Baginda Rasullullah SAW berkaitan kunci perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s ini yang mana Baginda amat musykil dan khuatir kalaulah umat Baginda di akhir zaman tahu bahawa Baginda ada wariskan kunci harta Sulaiman a.s ini, nescaya ramai umatnya akan jadi musyrik akibat terkejar-kejar akan harta (kunci) ini sehingga melupai adab dan kewajipan yang hakiki. Lantas mengundang banyak mala-petaka dan musibah diluar-jangka.

Satu dunia tertarik untuk mencari gedung emas Nabi Sulaiman, dari pelbagai bangsa, Yahudi, Serani dan juga orang-orang kita. ada orang kata, ia terletak di bawah Masjid Al Aqsa dan kerana itu orang Yahudi sibuk menggalinya. Ada orang kata, orang Yahudi menggali untuk mencari kitab-kitab ilmu hitam yang disembunyikan tetapi saya menolak perkara tersebut, tanpa kitab-kitab ini pun, manusia tetap mampu berhubung dengan syaitan dan mengamalkan ilmu-ilmu hitam. Pyramid itulah Gedung Emas Nabi Sulaiman dan kod inilah yang berjaya dipecahkan bangsa barat sehingga mereka mencarinya di nusantara.

Kewalian Sultan Abdul Samad ini tidak ramai yang tahu. Di alam sebelah sana, beliau merupakan pemerintah bagi para wali di Tanah Melayu. Beliau merupakan antara sultan yang paling 'low profile' di kalangan nama-nama hebat di tanah bertuah ini khususnya Selangor. bagaimana seorang sultan menjadi sangat kaya sehingga mampu membangunkan Kuala Lumpur dan Jugra.

ada mengatakan semua pembangunan ini dibuat melalui hasil lombong timah. Tapi sebenarnya, Kekayaan ini terkait dengan rizab emas Nabi Sulaiman yang dikeluarkan sedikit bagi membangunkan ibu negara Selangor dan yang terpenting, sistem rel kereta api Tanah Melayu. Bagi mencari sejarah penggunaan harta Nabi Sulaiman ini, saya mula mendampingi susur galur keluarga Sultan Abdul Samad. Akhirnya, saya berpeluang melihat 'carta keluarga' yang disusun melalui cicitnya yang saya panggil Pak Ungku. Seorang ahli tasawuf yang duduk di Banting.

Seiring dengan peredaran zaman, baginda juga tidak lepas dari disandung fitnah. Baginda dituduh menjadi tali barut British. Yang orang tidak tahu, British sentiasa mencari peluang untuk berbaik dengan Sultan Abdul Samad bagi mengorek rahsia mengenai hasil emas dan harta karun yang menjadi tunggak kekayaan baginda. Daripada sejarah lisan yang disampaikan oleh keturunan Sultab Abdul Samad, saya difahamkan, baginda pernah dipanggil ke Istana Buckingham untuk diberi gelaran "SIR", tetapi sesuai dengan kedudukannya sebagai pemerintah dan wali kecil ketika itu, beliau tidak mahu menjatuhkan martabat dirinya sebagai seorang raja Melayu dan maruahnya sebagai seorang mukmin, perlawaan itu ditolak secara baik.

Sultan Abdul Samad dan orang kepercayaannya yang dipanggil sebagai "Panglima Hitam" pernah belayar ke Palestin untuk mengambil kunci emas Nabi Sulaiman. Kunci ini diguna bagi mengeluarkan sedikit harta dari rizab emas Gedung Nabi Sulaiman yang terletak di Tanah Melayu, dengan kekayaan inilah, beliau membangunkan, bangunan Sultan Abdul Samad, ibupejabat KTMB, stesyen besar KTM, bangunan-bangunan lama dan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan yang paling utama adalah landasan keretapi yang berlingkar di Tanah Melayu ini.

Saya tidak perlu kemukakan bukti, saudara boleh lihat dengan mata kepala sendiri dan panjangkan fikiran....apa begitu muliakan hati penjajah mahu membangunkan bangunan-bangunan ini dengan seni reka Islam?

Jika benar hati penjajah begitu bersih, mengapa bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain tidak mempunyai sentuhan Islam, sebaliknya architecture Inggeris secara TOTAL? Dengan kekayaan tersebut, pembinaan bangunan2 ini dibiayai oleh Sultan Abdul Samad, Inggeris hanya menjadi pembina dan pereka. Beliau  hanya meninggalkan namanya pada Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kenang-kenangan. di bawah bangunan tersebut terdapat bilik bawah tanah dan terowong-terowong yang menghubungkan beberapa lokasi lain di ibu negara. bilik-bilik bawah tanah itu satu ketika dahulu menempatkan emas negeri-negeri Selat tetapi sekarang tidak wujud lagi, bilik dan kompleks bawah tanah itu masih ada.

dipetik dan diolah dari penulisan ShahPaskal

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...