Showing posts with label putra narai. Show all posts
Showing posts with label putra narai. Show all posts

Monday, December 11, 2017

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup:

1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung (ejaan sebenarnya adalah Daerah Bajeng, Gowa, Makassar). Hikayat Sulatus Al Salitin bertulisan jawi dengan ejaan ‘Ba Alif Jim Nga’ menyebabkan sebutannya menjadi Bajung. Tidak pernah wujud Daerah Bajung di Makassar atau Gowa tetapi yang ada hanyalah Daerah Bajeng, di Gowa, Makassar.

Hang Tuah Hikayat Ksatria Melayu - Bagian 2

2. Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun. Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng.

3. Kesultanan Gowa: 

3.1 Tumanurunga (1300 Masehi)
3.2 Tumassalangga Baraya
3.3 Puang Loe Lembang
3.4 Tuniatabanri
3.5 Karampang ri Gowa
3.6 Tunatangka Lopi (1400 Masehi)
3.7 Batara Gowa Tuminanga ri Paralakkenna
3.8 Pakere Tau Tunijallo ri Passukki
3.9 Daeng Matanre Karaeng Tumapa'risi' Kallonna (1500 Masehi)

4. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa dengan Raja Gowa (Batara Gowa Tuminanga Ri Paralakkenna). Raja Gowa menyambut baik kedatangan Seri Bija Pikrama dan ingin mengirim sesuatu kepada Sultan Mansur Syah sebagai balasan dari kunjungan tersebut. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu untuk dijadikan pahlawan negeri Melaka. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orangnya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka.

5. Kisah Hang Tuah membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng sewaktu berusia 12 tahun telah mendapat perhatian Raja Gowa. Hang Tuah telah terpilih untuk menyertai rombongan ke negeri Melaka.

6. Sultan Mansur Syah, sebelum pemilihan Hang Tuah, telah ada 8 orang anak anak muda yang menepati dan memenuhi syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dijadikan pahlawan pahlawan Melaka. Mereka adalah;

6.1 Hang Jebat
6.2 Hang Kasturi
6.3 Hang Lekir
6.4 Hang Lekiu
6.5 Hang Ali ( Tun Bija Sura@Tun Ali@Tok Bongkok)
6.6 Hang Iskandar
6.7 Hang Hassan
6.8 Hang Hussin

7. Ketua kepada mereka bersembilan ini adalah Hang Ali@Tun Bija Sura. Hang Ali diberikan jawatan Bendahara Tun Ali sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah.

8. Hang Tuah dikatakan melebihi kesemua yang lain didalam ilmu dan kepandaian persilatan. Hang Tuah telah diberikan oleh Sultan Melaka sebilah keris bernama Terupa Melaka semasa sampai di Melaka. Beliau telah banyak berguru kepada hulubalang hulubalang di Melaka.

9. Dalam lingkungan usia antara 25 dan 26 tahun, Hang Tuah telah mengahwini Raja Maznun Mazni binti Raja Azman Shah yang merupakan sepupu kepada isteri Raja Long Alwi. Raja Long Alwi adalah anak saudara kepada Raja Bersiong dan merupakan putera sulung kepada adinda Raja Bersiong iaitu Raja Zulkarnain ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah. Tujuan pernikahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Hang Tuah dengan kerabat diraja Kedah ketika itu.

10. Perkahwinan kedua Hang Tuah adalah dengan Raja Intan Maimunah binti Raja Ibrahim Malik yang merupakan anak saudara kepada Wan Malini. Keturunan isteri keduanya juga berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di negeri Kelantan serta ada yang telah berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan.

11. Keturunan Hang Tuah:

11.1 Anak dari isteri pertama Tun Sendari (Adik Tun Bija Sura @ Tok Bongkok):

1. Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Maulana Sayyid Fadillah Khan bin Maulana Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Nama lain nya Laksamana Temenggung Khoja Hassan atau Tubagus Pasai atau Falalten atau Raden Hidayat

Cucu dari isteri pertama
1. Tun Abdullah (Lelaki)
2. Tun Biajid (Lelaki)
3. Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah

Cicit dari isteri pertama
1. Raja Dewi binti Sultan Mahmud Syah
11.2 Anak dari Isteri Kedua Tun Ratna, adik Tun Perak Dari keluarga Bendahara Paduka Raja:
1. Tun Guna (Lelaki)
2. Tun Emas Jiwa@ Tun Mas Dewi (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang Nadim bin Hang Jebat melahir kan Tun Hamzah , beranak kan Tun Mat Ali yang bergelar Datuk Seri Bertam.
Cucu dari isteri kedua
1. Tun Mat Ali Hang Nadim

Cicit dari isteri kedua
1. Tun Hamzah Tun Mat Ali

Piut dari isteri kedua
1. Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Datuk Seri Bertam
12. Hang Tuah meninggal dunia setelah sekembalinya Hang Nadim dari perjalanan ke Benua Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, diMelaka. Pengganti jawatan Laksamana adalah menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.

D.2 Sumber Rujukan:
1. Hikayat Sulatus Al –Salatin karangan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang pada tahun 1612 Muka surat 104. Pada masa kini terdapat beberapa versi antaranya versi Winstedt dan versi Shellabear.

2. Naskah Raffles Malay 18 masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda

3. Buku "Amando Cortesao - The Suma Oriental of Tome' Pires", Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan "Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang".

4. Buku "A. Kobata and M. Matsuda - Ryukyu relations with Korea and south sea countries" A. Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama "Rekidai Hoan" yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian Hang Tuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Friday, October 6, 2017

Hang Tuah pernah memerintah Temasek (Singapore)

Pakar: Hang Tuah wujud, pernah perintah Temasek


BENTENG LAMA: Dr Miksic menunjukkan peta lama bertarikh 1825, yang menunjukkan benteng pertahanan lama kerajaan Kesultanan Singapura yang pernah wujud pada abad ke-14 mengelilingi Bukit Larangan atau Fort Canning Hill. – Foto SHAKIR SAIFUDDIN

Baru-baru ini, kewujudan Laksamana Hang Tuah sekali lagi dipersoal akibat ketiadaan bukti arkeologi. Namun, profesor sejarah dan arkeologi Universiti Nasional Singapura (NUS) yakin bukan sahaja Hang Tuah dipercayai ada, bahkan pernah memerintah Singapura.

SINGAPURA mungkin sebuah pusat pelabuhan utama bagi Empayar Melaka pada abad ke-15 yang ditadbir seorang laksamana yang dipercayai Hang Tuah.

Laksamana itu dikatakan bukan sahaja berkuasa memerintah pulau ini dan mentadbir pelabuhan tersebut, bahkan mengetuai angkatan laut Kesultanan Melaka yang menjadikan Singapura pangkalannya.
Sebagai Laksamana, Hang Tuah juga menjadikan pulau ini tempat tinggalnya, kata pakar sejarah dan arkeologi Singapura, Profesor John Miksic.
Baru-baru ini, kewujudan Hang Tuah sekali lagi dipersoal kerana tiadanya bukti arkeologi yang mengaitkan kehidupannya, seperti yang dilaporkan media seberang tambak Mei lalu.
Ia menukil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai mengesahkan bukti arkeologi mengaitkan kewujudan Laksanama Hang Tuah masih belum ditemui.
Walaupun akur dengan ketiadaan bukti tersebut, Dr Miksic tetap percaya Hang Tuah wujud bahkan pernah bermastautin di Singapura berdasarkan surat-menyurat yang ditemui di Pulau Okinawa.
"Orang seperti Hang Tuah pasti ada. Jabatannya sebagai Laksamana ada. Gelarannya juga sebagai Sri Bija Diraja, kita ketahui pasti ada. Orang yang namanya Hang Tuah belum dapat diperkuat dengan data dari sumber selain daripada Sejarah Melayu. Tapi tidak ada alasan untuk percaya bahawa orang dengan nama itu tidak ada," ujarnya.
Menurut beliau, watak Hang Tuah itu sering disebut dalam sumber-sumber asing seperti dokumen dari China dan Okinawa di Jepun, selain Sejarah Melayu.
"Itu yang paling menentukan, sebab ternyata pada akhir abad ke-15, Laksamana dari Singapura itu berhak mengirim surat atas namanya sendiri kepada raja asing. Surat itu masih ada di Okinawa...
"...Masih ada surat-surat di Okinawa yang dikirimkan dari Laksamana Melaka, tanpa nama, hanya gelarannya yang disebut. Tapi dia yang berhak bertindak atas nama Sultan," tambah Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, yang ditemui baru-baru ini untuk mengesahkan kewujudan Laksamana mahsyur itu.
Dr Miksic mengajar di NUS sejak 1987. Sebelum itu, beliau mengajar di Universiti Gadjah Mada, Indonesia, selama enam tahun.
Memberi perincian Singapura sebagai pusat pelabuhan Empayar Melaka, Dr Miksic menegaskan ia jelas dilaporkan perwira angkatan armada Laksamana Zheng He (Cheng Ho) dari China pada 1435.
Menurut Profesor Miksic, setelah tertubuhnya Kesultanan Melaka, Singapura tetap wujud dan tidak musnah akibat serangan Majapahit.
Sebelum ini, sejarah menyatakan Singapura musnah selepas serangan itu, yang dilakukan agar dapat menangkap sultan terakhir Singapura, Sultan Iskandar Shah. Kenyataan itu dibuktikan bukan sahaja dari segi sejarah, malah arkeologi.
Ia menunjukkan Singapura, atau ketika itu masih dipanggil Temasek, merupakan sebuah pelabuhan yang memainkan peranan penting dalam hubungan luar negara.
Singapura juga dikatakan pusat pemindahan kapal dan sangat strategik dalam struktur kerajaan Melaka - tempat bagi orang seperti dari tanah Jawa atau Sumatrea contohnya datang ke Singapura dengan menaiki kapal, sebelum berpindah ke kapal lain menuju ke tempat lain seperti India atau China.
Angkatan laut Kesultanan Melaka pula ditempatkan di Singapura disebabkan kedudukan pulau ini lebih strategik berbanding Melaka yang terbuka dan mudah diserang.
Selain melindungi perairan Selat Melaka dan sekitarnya, angkatan tersebut dikerah membasmi kegiatan melanun di perairan Singapura.
Hang Tuah juga mempunyai kuasa memerintah Singapura.
"Jelas beliau juga harus mengadap ke Istana kalau ada upacara atau ada tugas lain, yang bererti harus ketemu dengan Raja, Sultan atau Bendahara, misalnya. Tetapi hari-hari tempat tinggalnya di Singapura," kata Dr Miksic

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...