Showing posts with label nasnas. Show all posts
Showing posts with label nasnas. Show all posts

Thursday, August 24, 2017

Kehidupan terdahulu : Part 6

DNA SAMPAH AL INSAAN

PERSOALAN KEDUA : Kenapa pula kita jarang sekali mendengar dan melihat Al-Insaan seperti kita menggunakan Teknologi yang dipelopori oleh saki baki Lamarakh Bumi?
Adakah Lamarakh Bumi memang tidak mahu berkongsi langsung dengan kita tentang Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi ini?
Bagaimanakah rupanya Teknologi Lamarakh ini? Dan apa akan terjadi sekiranya kita Al-Insaan mampu menguasai Teknologi Lamarakh?

Jawapannya disini, BERJAYA KENALPASTI = KOD 5% DNA
Menurut kajian DNA Al-Insaan telah lama menemui jalan buntu. Saintis-saintis terhandal masakini hanya dapat memahami 5% sahaja tentang kod-kod DNA ini.

SAMPAH DNA = LEBIHAN 95% DNA Selebihnya langsung tidak difahami lalu saintis-saintis menggelarkannya “DNA junk” atau “Sampah DNA”.

Mengapa terjadinya begini? BENARKAH lebihan 95% DNA, Yang tidak dikenalpasti ini adalah sampah?

Ya, di sini lah terletaknya, KUNCI KEHEBATAN TEKNOLOGI LAMARAKH, Iaitu Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi yang berlandaskan
= Ilmu biologi tinggi = Kajian dimensi dan Spiritual.

ANTARA AL-BASHAR DAN AL-INSAAN
FAHAMI DAHULU = PERBEZAAN BESAR

Perbezaan paling besar, AL-BASHAR tidak mempunyai “DNA junk” AL-INSAAN pula mempunyai “DNA junk”
Andakah ANDA FAHAM situasi perbezaan ini? Baca balik semula.

APAKAH RAHSIA DISEBALIK - DNA JUNK
SEMUA ILMU DAN KEBOLEHAN BAPA AL-INSAAN,
NABI ALLAH ADAM = ILMU SEGALA NAMA.

BOLEHKAH KITA AKTIFKAN NYA? YA BOLEH.

Image result for doctor strange

[Decode Al-Baqarah 2:30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):

"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Akan tetapi, bagaimana malaikat mengetahui bahwa manusia yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini akan melakukan kerusakan dan menumpahkan darah?

BOLEHKAH KITA AKTIFKAN NYA? Sayangnya secara semulajadi, Pabila dilahirkan terus terlupa,
Kerana akan persoalan akal, Kesan dari tumbesaran, Maka wujudlah LEBIHAN DNA JUNK ini,
Tidak AKTIF ,yang AKTIF cuma 5% DNA sahaja.

KEBOLEHAN AL-BASHAR, MAMPU MENGEKSTRAK DNA HAIWAN. Bagi Al-Bashar pula, seperti yang dijelaskan tadi mereka memang tidak mempunyai "DNA junk” ini.
Akan tetapi, kehebatan Teknologi Lamarakh ialah mereka mampu mengekstrak DNA mana-mana haiwan atau tumbuhan bagi digabungkaan dengan DNA mereka.

Dengan kata lain, NAK KUAT seperti GAJAH, AMBIL bahagian DNA GAJAH+ DNA SENDIRI, Maka AKAN KUAT seperti GAJAH.

JIKA MAHU SAYAP, MENGESTRAK DNA BURUNG+DNA MEREKA, Maka PUNYAI SAYAP dan TERBANG seperti BURUNG. Begitulah seterusnya.

Mereka mampu, MENGESTRAK DNA apa sahaja, HAIWAN ATAU TUMBUHAN, Benda di sekeliling mereka, Bagi perolehi kebolehan-kebolehan luar biasa, Maka wujudlah TEKNOLOGI TRANSFORM, Merubah-ubah Rupa Bentuk Fizikal mereka. [Shape-shifter, God Of Egypt, Jacob Twilight]

X MEN = X MIM = AL INSAAN
Bayangkan Teknologi Lamarakh ini?  Kita keturunan Al-Insaan mampu mempunyai kebolehan-kebolehan luar biasa. Malah dengan teknologi Lamarakh ini, kita kemungkinan boleh mengaktifkan LEBIHAN DNA JUNK kita yang 95% itu dengan mudah.

INILAH SEBANYA, Saki baki Lamarakh Bumi memang keberatan untuk berkongsi teknologi mereka dengan kita Al-Insaan. Kita secara semulajadi telah dianugerahkan oleh Allah suatu pemberian tidak ternilai iaitu “DNA junk”. TIDAKKAH KITA BERSYUKUR?

X - MEN? ADALAH ILHAM = KISAH PERTEMBUNGAN KETIKA DULU
DUA NEGARA SEKUTU [ ATALAN dan LAMARAKH ]

SPAWN? WAREWOLF? VAMPIRE? GAMBARAN kehebatan seorang PANGLIMA LAMARAKH.  Ehh betulkah ini??

Nota Ringkas: TANDA MUDAH MENGENALI, SECARA FIZIKAL PERBEZAAN, AL BASHAR dan AL INSAAN, Ialah Al-Bashar tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka. Kita Al-Insaan mempunyai lekukan ini. Kalau dikawasan Malaysia, Indonesia dan Nusantara ini.

Pernahkah kita mendengar tentang, SATU KAUM iaitu KAUM KERINCHI? Atau Makhluk Sebelum Bumi = BANGSA POLPI? Ada kena mengenakah? 10 TANDA DI AKHIR ZAMAN, Keluarnya makhluk-makhluk yang melata dari perut Bumi?

[Decode An-Naml 27:82]
" Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. "

Kehidupan terdahulu : Part 5

ALL SPARK KUNCI TEKNOLOGI

ATALAN DIBUMI BELUM INSAF, ATALAN DIBULAN BERBELAH BAHAGI. Walaupun warga Atalan di Bumi masih belum insaf, Warga Atalan di Bulan pula berbelah bahagi sama ada mahu menurut atau pun tidak agenda warga Atalan Bumi ini.

LAMARKH DI BULAN, LAMARKH DI BUMI SENTIASA BERWASAPADA. Warga Lamarakh di Bulan dan di Bumi pula sentiasa mengambil tindakan kawalan supaya warga Atalan Bumi tidak dapat mempengaruhi warga Atalan di Bulan yang memegang kunci kepada teknologi terhebat mereka yang berlandaskan Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.

PERASAN? SIFAT ILMU YANG DIGUNAKAN PAKAI , OLEH EMPAYAR JAHAT.
= Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal sahaja . = Kehandalan Teknologi seperti komputer, 'Smart Devices', pelbagai kenderaan hinggalah penggunaan tenaga nuklear.
" Mikrocip, Laser, Kapal Angkasa, Kereta semuanya adalah dengan mengkajinya " [Transformer 2007] Perbualan dari ilmiah pawagam.

Makanya, Bagaimana Ianya Menjadi? meRealisasikan Teknologi yang diluar pengetahuan? Oleh dek manusia ketika dahulu.

Adakah ia ada yang memberitahu? Adakah ia ada Saki Baki Al-Bashar yang khianat? Adakah ia Teknologi Dari Gang Dajjal+Syaitan? Adakah ia Hasil curian Teknologi dari Andalus? atau Hasil curian Teknologi Zaman Sulaiman? Kemungkinan semuanya sekali.

Berbalik kepada persoalan lain:

PERTAMA : Apa lagi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal yang masih belum lihat lagi? Kenapa ianya masih disorokkan dan disimpan oleh Atalan Bulan? Seperti yang kita ketahui, saki baki Atalan Bumi dan NASA gigih berulang-alik ke Bulan untuk memujuk Atalan Bulan menyerahkan bahagian Akhir Teknologi mereka.

KEDUA : Kenapa pula kita jarang sekali mendengar dan melihat Al-Insaan seperti kita menggunakan Teknologi yang dipelopori oleh saki baki Lamarakh Bumi? Adakah Lamarakh Bumi memang tidak mahu berkongsi langsung dengan kita tentang Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi ini? Bagaimanakah rupanya Teknologi Lamarakh ini? Dan apa akan terjadi sekiranya kita Al-Insaan mampu menguasai Teknologi Lamarakh?

Nota lain: ATALAN = Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal ,
Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya.

LAMARAKH = Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi ,
Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Image result for elf lord of the rings

NABI ADAM DAN MANUSIA PURBA Dimulai dari Nabi Adam dan Manusia Purba, MANA YANG LEBIH DAHULU? NABI ADAM TURUN DAHULU, baru setelah itu ada yang disebut sebagai Manusia Purba? 

ATAU, SEBELUM NABI ADAM TURUN, sudah ada Manusia Purba lalu dimusnahkan agar memberi tempat bagi sang Khalifah dan Nabi pertama untuk menjalankan tugas dari-Nya? 
ATAU, MALAH ADA KEHIDUPAN DAHULU yang terjadi jauh sebelum penciptakan Khalifah Nabi Adam dan Manusia Purba?
Jika kita mengambil pelajaran dari beberapa, TERJEMAHAN AL-QURAN,

[Decode Ar Ruum 30:27]
“Dan Dialah yang memulai penciptaan itu, kemudian Dia mengembalikannya/ mengulangi kembali ciptaan itu, dan mengulangi itu lebih mudah bagi-Nya. 

Dia memiliki sifat Yang Maha tinggi di langit dan bumi, dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.” 
(Q.S. Ar-Ruum [30] : 27)

[Decode Yunus 10:34]
" Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): 
"Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? 

"Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?"

[Decode Al-Anbiyaa' 21:104]
" (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya. "

[Decode Al-Buruuj 85:13]
" Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). "

[Decode An-Naml 27:64]
" Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? 

Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".

[Decode Al-'Ankabuut 29:19]
" Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah. "

[Decode Ar-Ruum 30:10]
" Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya. "

[Decode Al-Baqarah 2:30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Akan tetapi, bagaimana malaikat mengetahui bahwa manusia yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini akan melakukan kerusakan dan menumpahkan darah?

[Decode]
Mereka (Malaikat) memahaminya akan tabiat manusia. Menganggapnya sebagai makhluk yang ganas, radikal, dan berlaku pertumpahan sesama sendiri.

[Decode]
Nabi Adam, Dipilih dari sekalian Manusia (Al-Bashar) sebelum itu dan menjadikan Manusia (Al-Insaan) Khalifah sesudah itu.

[Decode]
AL BASHAR = Makhluk seakan-akan menyerupai manusia. Al-Bashar dan Al-Insaan (Manusia) dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu An-Naas. 

[Decode]
Kumpulan Manusia yang berbeza. Daripada segi fizikal serta kebolehan juga berbeza.

[Decode]
Betapa bodohnya, Kita (Al-Insaan) sebagai makhluk yang berpikir, Bahwa Alam Semesta ini hanya satu kali diciptakan oleh Allah, berkembang, dan hancur di hari kiamat, dan selesai. Lalu disambung kehidupan rohani abadi di akhirat.

KESIMPULAN,
Terlalu rumit untuk berpikir bahwa Allah hanya menciptakan langit dan bumi yang luasnya tak akan diketahui oleh siapapun selain diri-Nya, hanya untuk kita manusia. 
Makanya, dengan (terjemahan) ayat-ayat yang cantumkan diatas, jelaslah bahawa Allah mudah menciptakan dan mengulanginya sesuai dengan kehendak-Nya. 
Allah mampu mengulanginya pada jumlah yang tak terbatas. Mudah bagi-Nya. Allah mampu membuat alam kembar atau pararel. Allah Maha Pencipta membuat 'duplicate' sampai berapa banyak Bumi beserta isinya yang waktu sama atau berbeza.

SELAMAT TERBUKA SUIS! SELAMAT MENUJU KEPADANYA.

PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM

KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI, SEBELUM ADAM DITURUNKAN (AL INSAN)

Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM .Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit, Marid & Nasnas) yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman. Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

‘IFRIT
Antara bangsa yang agak rapat dengan manusia.makhluk djinn paling berpengaruh, mahir dalam ilmu arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan monumen gergasi tamadun manusia. Bangsa bengis dan bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu kerajaan nabi sulaiman.

MARID
Bangsa paling bertamadun, memiliki raut seiras manusia hebat dalam ilmu sihir dan magis ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai dewa dalam tamadun purba manusia.  Sering diseru untuk membantu maharaja2 dan pawang manusia
NASNAS
Bangsa ketiga terbesar. Mendiami dasar laut terdalam. Bertubuh separuh djinn separuh hidupan marin. Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak adam. Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya

GHUL
Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja. Kerap memperdaya kumpulan pengembara manusia. Makhluk primitif pemakan bangkai dan mayat. Menghuni dikaki bukit, kawasan gurun dan hutan-hutan tebal.
SI’LAT
Makhluk yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah, dan menyamar sebagai manusia, sering menonjolkan diri seperti pusaran angin. Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan. Musuh kepada makhluk ghul.
HINN
Mempunyai fizikal besar, dan bersayap. Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya. Hidup dalam kelompok kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain. Antara yang terawal mendiami bumi

JANN
Makhluk gergasi dan bersayap. Mampu menyemburkan api. Musuh kepada bangsa hinn
Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi. Antara yang terawal mendiami bumi
PALIS
Hidup secara bersendirian tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan. Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya

SHAITAN
kumpulan rebel pemberontak dari kalangan ifrit. Sangat menyanjung lucifer/iblis/azazil. Selepas mendapat berita tersingkirnya, lucifer dihalau kebumi semula. Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan lucifer

SHIQQ
Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar. Digelar rakshasha oleh sesetengah tempat. Gemar melakukan kerosakan. Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain


SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...