Thursday, August 24, 2017

Kehidupan terdahulu : Part 4

RAJA APPOLOC, MENTADBIR DENGAN BIJAKSANA, Dizaman Kumpula Ketiga Al-Bashar yakni sebelum peperangan tercetus dengan dasyatnya.

Image result for greek gods apollo art

Pada awalnya, Dimana Kumpulan Pertama dan Kedua Al-Bashar hidup dalam keadaan harmoni dan tiada kekacauan besar. Mereka ditadbir oleh keturunan raja yang amat bijaksana. Keturunan ini bernama Appoloc. Keistimewaan keturunan Appoloc ini ialah mereka berkebolehan di dalam kedua-dua teknologi yang disebutkan sebelum ini.

MANGKAT PABILA RAJA TERAKHIR, DARI KETURUNAN MEREKA TIADA WARIS, NAMUN HELIONS MAKA MENJADI REDA. Kekacauan mula timbul menyebabkan mereka membentuk dua negara yang besar iaitu Atalan dan Lamarakh. Mujur, konflik ini serta merta reda apabila mereka menyedari masih ada lagi keturunan Apolloc yang hidup. Dia bernama Helions.

[Decode]
Pada waktu ini, mereka telah lama tahu tentang keistimewaan Bulan dan Istana Raja keturunan Appoloc memang telah lama bertapak di Bulan.

[Masih Decode]
Bagaimana mereka ini menyadari? Bilakah mulanya Kumpulan Al-Bashar ini menyedari keistimewaan Bulan dan mendirikan istana raja Appoloc di situ.

HELIONS = RAJA YANG BARU, DUA NEGARA BEREBUT = ISU BARU. Pabila Helions ditabal menjadi raja, timbul pula isu baru di mana kedua-dua negara mahu memastikan kepentingan mereka di Bulan.

HELIONS = APPOLOC + LAMARAKH
ATALAN BIMBANG TERGUGAT. Isu ini timbul kerana Helions berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Maka sudah tentu negara Atalan bimbang mereka akan dipinggirkan kelak daripada menikmati keistimewaan Bulan sekiranya Helions dilantik menjadi raja.

MENGIKAT PERJANJIAN, DIANTARA DUA NEGA BESAR. Jalan penyelesaian negara Atalan dan Lamarakh telah bersetuju untuk mengikat satu perjanjian.

Syarat yang lain, di dalam perjanjian ini mereka bersetuju untuk memilih wakil-wakil daripada kedua-dua negara untuk membentuk satu kerajaan bersama yang akan mentadbir dan menjaga kepentingan masing-masing Bulan.

Nama kerajaan ini masih dikekalkan dengan nama Kerajaan Appoloc mengambil sempena nama keturunan yang memang telah menjadi raja dan pemerintah semenjak zaman Kumpulan Pertama dan Kedua Al-Bashar lagi.

Ketua Kerajaan Appoloc: HELIONS Berdarah kacukan Appoloc dan Lamarakh. Dia dilantik menjadi Raja kerana pewaris terakhir lelaki yang berketurunan Appoloc yang masih hidup.

Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Atalan:  Lelaki – Ratoth, Siriso dan Min
Perempuan – Bendias Artems, Xauhqi Coyol dan Dianess Zuss

Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Lamarakh: : Lelaki – Horath, Saith dan Duau
Perempuan – Mawuo Mao, Duanas Ranas dan Ayumas Isya.

SEKIRANYA PERASAN, NAMA-NAMA TUHAN/ DEWA. MAYA, AZTEC, ROM, GREEK. Sekiranya perasan, mirip dengan nama-nama wakil kedua-dua negara ini telah digunakan sebagai nama-nama tuhan atau dewa di dalam banyak kepercayaan Pagan dan agama dahulu kala di dalam tamadun-tamadun manusia seperti diatas.

Kenapa agaknya begitu?

SUATU MASA, MANGKATLAH RAJA HELIONS, MENINGGALKAN WARIS KETURUNAN.
PERANG BERMULA, PERTUMPAHAN DARAH, BUMI DAN BULAN TURUT SERTA.

BULAN = MENYERUPAI BUMI, HANCUR LEBUR, ATMOSFERA MENJADI NIPIS, TIDAK BERPUTAR PADA KADARNYA. Yang dahulunya sebuah planet yang menyerupai Bumi hancur lebur sehingga atmosferanya menjadi amat tipis. Juga, Bulan yang dahulunya seperti Bumi berputar mengikut kadarnya telah berhenti berputar di mana seperti dilihat hari ini. Bulan sentiasa menghadapkan muka yang sama kepada Bumi.

SEBAGAI BALASAN, SATU MALAPETAKA DITURUNKAN. Sebagai balasan ke atas perbuatan Al-Bashar yang menumpahkan darah dan perbuatan yang mendatangkan kerosakan ini.

[Decode - Sumber Lain]
Satu malapetaka telah diturunkan di Bumi. DUA KELOMPOK BANGSA JIN, Dua kelompok Jin bertempur terus tidak pernah bersahabat, kemudian malaikat menanyakan kepada Allah apa akan membuat orang untuk menjadikan khalifah dibumi yang selalu yasfiquddima (pertumpahan darah),
ABAL JAN DAN BANUL JAN = ATALAKH DAN LAMARAKH

Akhirnya Allah memerintah yang bernama ‘Azajil yang memimpin para malaikat Jibril Mikail Izrail dan malaikat yang lainnya, untuk menaklukan Abal Jan dan Banul jan dibumi ini, kemudian setelah ditaklukan akhirnya Allah menciptakan Nabi Adam.
Diantara ‘Azajil, Malaikat dan Adam diberikan ilmu oleh Allah karena tujuannya untuk menjadikan khalifah dibumi, setelah diuji ternyata yang lulus dari ujian tersebut adalah Nabi Adam akhirnya semuanya diperintah Allah untuk sujud penghormatan kepada Adam “fasajaduu illa Iblis”, Akhirnya semuanya sujud kecuali ‘azajil (bangsa Iblis) mereka sombong dan membangkang“aba wastakbaro”.

PERALIHAN KUTUB BUMI = EARTH POLAR SHIFT Itulah Malapetaka yang dimaksudkan menjadi balasan akibat kemusnahan yang dilakukan oleh perang antara dua seteru Al-Bashar ini.
DENGAN KEIZINAN, MAKA TERSELAMAT DARI BENCANA.Walaupun demikian masih terdapat saki baki Al-Bashar yang Allah telah izinkan terselamat daripada bencana ini.
Keturunan mereka masih hidup bersama dengan keturunan kita Al-Insaan sehingga ke hari ini. Manakala di Bulan pula, masih lagi ada keturunan Al-Bashar yang terselamat juga.

" THE DARK SIDE OF THE MOON " Merekalah yang menduduki di bahagian Bulan yang tidak menghadap ke Bumi. Warga Atalan yang menduduki 18 buah struktur berbentuk piramid dan warga Lamarakh yang terselamat menduduki 81 buah struktur berbentuk kubah.
Mereka kini tidak lagi berperang di antara satu sama lain menyedari perbuatan mereka yang melampau dahulu dan telah pun mendapat balasan Allah.

Persoalan, Apa kaitan seringkali Nasa ke Bulan? Apa yang sedang berlaku kini ialah, warga Atalan yang terselamat di Bumi telah mengulangi lagi kesilapan mereka dahulu.
Mereka masih memusuhi warga Lamarakh yang terselamat. Tidak cukup dengan itu, mereka juga memusuhi keturunan kita iaitu Al-Insaan yang telah menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah baru di Bumi. Untuk tujuan ini, mereka telah mengikat perjanjian baru dan bersekongkol dengan Empayar Jahat di bawah pimpinan Syaitan dan Dajjal bagi memusnahkan saki baki warga Lamarakh (di Bulan dan Di Bumi) dan menghancurkan keturunan Al-Insaan.

No comments:

Post a Comment

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...