Thursday, August 24, 2017

Kehidupan terdahulu : Part 8

MEREKA YANG TERDAHULU

KETURUNAN APOLLOC, MENGETAHUI AKAN KERAHSIAAN, TELAH BERPAKAT UNTUK BERHENTI, MENTADBIR AL BASHAR. Keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi Raja mentadbir Al-Bashar.

TELAH MENGETAHUI SAAT BERAKHIR, AKAN ADA PENGANTI KHALIFAH BARU, Mereka telah tahu bahawa Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Malah juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua.

BULAN KEDUA? BAGAIMANA MEREKA TAHU? Mengetahui keberadaan masa Al-Bashar telah hampir tamat dan Bapa Al-Insaan iaitu Nabi Allah Adam dan Hawa akan diturunkan ke Bumi menggantikan Al-Bashar sebagai Khalifah. Siapa pulak yang beritahu mereka?

KARRIER AZAZIL BERMULA, SELEPAS DIHALAU DARI TAMAN SYURGAWI. Sewaktu semakin hampir bagi Nabi Allah Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi, Azazil yang ketika itu baru sahaja dihalau daripada Taman Syurgawi telah menggarap satu rancangan.

SUATU RANCANGAN, MEMBUAT TEAM PEMBANGKANG. Apa yang dirancangkan oleh Azazil ialah mengajak Al-Bashar bersama-sama dengannya untuk mempertikaikan kehendak Allah menurunkan Al-Insaan bagi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah di Bumi.

AZAZIL MENEMUI TEMAN BAIK, YANG BERPENGARUH [APOLLOC - AL HIN] Azazil telah menemui seorang yang sangat berpengaruh di dalam kelompok keturunan Apolloc yang bernama Al-Hin.

Kepada Al-Hin diceritakan oleh Azazil tentang Nabi Allah Adam dan Hawa yang tidak lama lagi akan dihalau daripada Taman Syurgawi dan duduk di Bumi sebagai khalifah baru. Sambil itu, Azazil juga cuba menakut-nakutkan tentang hakikat Bangsa Al-Bashar akan terhapus tidak lama lagi.

AL HIN MENGENALI AZAZIL. JUGA BERDIPLOMATIK RAJA-RAJA AL JIN, Al-Hin bukan sahaja bersahabat dengan Azazil sahaja malah kenal rapat juga dengan ramai raja2 Al-Jin yang terlebih dahulu mendiami dunia sebelum kedatangan Al-Bashar.

[Decode]
Al-Hin dan kaum kerabatnya mempunyai kemampuan yang hebat dari segi ilmu dan kebolehan.

[Decode]
SETELAH MENDENGAR KHABAR AZAZIL, AL HIN MEMBUAT DISKUSI ANTARA RAKAN KARIBNYA,

AL BIN, AL TAM, DAN AL RAM. Mereka berempat pun berbincanglah tentang apakah reaksi yang harus diberikan.

Image result for angel and devil war


BULAN HALIMUNAN

Seperti Biasa, Hal-hal sebegini tentu dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh pihak NASA= Ahli Astronomi Angguk-Angguk Geleng-Geleng.

KITA MEMPUNYAI BULAN KEDUA, TAPI HALIMUNAN LAH. Rasanya bukan dua sahaja.

Begini ceritanya.. 1986 NASA terpaksa mengumumkan yang mereka telah menemui 3753 Cruithne. Mereka tak boleh nak sorok lagi kerana teleskop pengkaji bintang amatur pun telah dapat mengesannya.

1846, Frederic Petit, Sebenarnya, penemuan ini pernah diumumkan lebih awal lagi oleh seorang Ahli Kaji Bintang bernama di atas.

[Decode Adz-Dzaariyaat 51:49]
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan-pasangan,  supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).

Decode Ayat Quran maklumkan bahawa setiap apa yang berada mesti berpasang-pasangan.

LAZIMNYA BERLAKU, Oleh kerana semua masih percaya kepada NASA, Gang-Gang Jahat ini telah menggunakan kepercayaan ini bagi mengaburi mata kita dengan mengisytiharkan 3753 Cruithne sebagai hanya sebiji Asteroid. Sebiji ASTEROID- SATELIT QUASI yang tidak membawa makna kepada kita rakyat biasa di Bumi ni.

APAKAH SIGNIFIKASI SEBENAR? BULAN KEDUA INI SEBENARNYA?

SEBENARNYA,
AL INSAAN telah pun tahu tentang hal ini, BERIBU-RIBUAN tahun dahulu lagi.

Malah bagi AL BASHAR, Mereka juga tahu hal ini JUTAAN tahun dahulu lagi. Mereka juga telah biasa berulang-alik di antara Bumi, Bulan dan Bulan Kedua ini yang juga merupakan MINI PLANET yang mampu menampung pelbagai hidupan.

Apa yang belum ceritakan ialah, Bagaimana KETURUNAN APPOLOC TULEN PUPUS selepas Helion, raja terakhir Atalan dan Lamarakh daripada keturunan Apolloc mati.

MEREKA TELAH BERHIJRAH, BERAMAI-RAMAI ke BULAN KEDUA. Dengan Teknologi Mereka,
APOLLOC = TEKNOLOGI ATALAN + TEKNOLOGI LAMARAKH
Telah mengubah Orbit Bulan Kedua ini. Tujuan Utama bagi MEMUTUSKAN HUBUNGAN Keturunan Apolloc dengan Bumi dan Bulan.

SEKIAN LAMA MENETAP, TIMBUL INGIN TAHU PERKEMBANGAN BUMI. Dan tindakan ini sebenarnya mendapat tentangan banyak pihak namun mereka tidak sempat menghalangnya. Setelah sekian lama mereka (keturunan Apolloc) duduk di Bulan Kedua ini, timbul pula rasa ingin tahu tentang perkembangan Bumi.

MAKA SEKEUMPULAN KECIL APOLLOC, MEMBUAT KEPUTUSAN ZIARAH BUMI DAN BULAN.
Apa yang berlaku ialah kebelakangan ini mereka semakin kerap menziarahi Bumi. Kekerapan yang semakin tinggi ini adalah disebabkan DUA perkara berikut:

1. Mereka merasa KASIHAN DENGAN KEADAAN AL INSAAN yang pada pandangan mereka telah SEMAKIN JAUH TERSESAT di dalam tipu daya Syaitan, Dajjal dan Gang-gang Empayarnya.

2. Mereka BIMBANG DENGAN PERKEMBANGAN hasil percampuran genetik Al-Bashar dan Al-Insaan yang semakin berleluasa di Bumi.

LAWATAN DEMI LAWATAN, KETURUNAN APOLLOC KE BUMI DAN BULAN, YANG MENJADI MODAL OLEH MEREKA YANG JAHAT.

ANUAKI DAN ANCIENT ASTRONAUT THEORY, Untuk mengada-adakan cerita yang mengatakan kononnya Makhluk Asing atau UFO telah pernah datang melawat tamadun-tamadun terdahulu seperti Maya, Aztech, Inca, Machu-Pichu, Egypt, dan sebagainya bagi mengajarkan mereka Teknologi Tinggi.

TIDAK CUKUP DENGAN ITU, DIMOMOKKAN DENGAN KISAH X-FILES Kononnya Makhluk Asing datang membuat penyelidikan di Bumi dan Bulan

[Peringatan]
Jangan Pertikaikan, Kerana kita sudah didoktrinkan, Ilmu ini sangat luas diluar pengetahuan kita.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, tentang dunia dan akhirat.

[Peringatan]
Nyata dan Ghaib
Dua hal yang sedemikian adalah alam sadar dan tidak sadar, atau yang tampak dan tidak tampak, seumpama yang hidup dengan mati, atau dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

SEJARAH LAKSAMANA HANG TUAH DAN PARA SAHABATNYA

D.1 Riwayat Hidup: 1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Dae...